Wilayah Jilin di Beijing, meminta bank beri pinjaman sehingga AS$31,400 (RM131,723) kepada pasangan suami isteri sebagai usaha menangani masalah kadar kelahiran rendah di China.
Masalah kadar kelahiran rendah, wilayah china sediakan kemudahan pinjaman wang untuk dapatkan anak dan juga buat pasangan yang ingin berkahwin.
Usaha ini adalah alternatif bagi menggalakkan penduduk di wilayah China menambah bilangan anak bagi mengatasi masalah kelahiran yang semakin menurun.
Masalah Kadar Kelahiran Rendah
Wilayah Jilin di Beijing, meminta bank-bank untuk memberikan pinjaman ‘perkahwinan dan kelahiran’ sehingga AS$31,400 (RM131,723) kepada pasangan suami isteri sebagai usaha menangani masalah kadar kelahiran rendah di China, lapor laman berita Wionews semalam.
Demografi negara paling ramai penduduk di dunia itu kini berada dalam kitaran ‘terbalik’ kerana ia mungkin mengalami pertumbuhan negatif selepas 2025.
Sehingga kini, tiada maklumat tentang bagaimana pemerintah akan membantu pinjaman tersebut.
Wilayah China Sediakan Kemudahan Pinjaman
Pinjaman itu bagaimanapun menawarkan diskaun untuk kadar faedah, bergantung kepada bilangan anak yang dimiliki oleh pasangan yang memohon.
Pinjaman sama menjadi topik hangat di laman sosial Weibo. Seorang pengguna Weibo menulis bahawa individu yang perlu mendapatkan pinjaman kewangan bagi membesarkan anak bermaksud bahawa mereka ‘tidak mahukan anak tersebut.’
“Menambah beban kewangan pasangan suami isteri bukanlah satu tindakan yang baik,” katanya.
Ads
Dalam satu langkah lain pula, Jilin membenarkan pasangan dari wilayah lain mendapatkan permit penduduk yang dikenali sebagai hukou.
Ia juga membolehkan pasangan suami isteri untuk mengakses perkhidmatan awam di Jilin sekiranya mereka mempunyai anak dan mendaftarkan mereka di sana.
Pasangan yang mempunyai dua atau tiga anak juga boleh mendapatkan pengurangan cukai sekiranya mereka menubuhkan perniagaan kecil.
Ads
Jilin mencatatkan penurunan populasi terburuk dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara itu, artikel yang ditulis oleh sebuah akhbar pemerintah di China telah meminta ahli-ahli Parti Komunis China (PKC) untuk memikul tanggungjawab bagi masalah jumlah penduduk yang semakin berkurangan, dan memaklumkan bahawa pasangan ‘wajib’ mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak.
“Tiada ahli parti yang boleh menggunakan sebarang alasan bersifat objektif atau peribadi untuk tidak berkahwin atau mempunyai anak.
“Mereka juga tidak boleh menggunakan sebarang alasan untuk mempunyai satu atau dua anak sahaja,” demikian kenyataan yang ditulis artikel itu. – AGENSI
Mingguan Wanita: Ternyata ianya bukan satu langkah yang efektif apabila penduduk di wilayah ini terpaksa membuat pinjaman untuk menambah anak. Membuat pinjaman seolah-olah seperti menambah beban kewangan buat keluarga.
Syatilla Melvin sematkan dalam jiwa mahu usaha khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Begitulah perkongsian di akaun laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam yang juga pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin.
Syatilla juga mohon doakan agar dipermudahkan hajatnya itu.
Syatilla Melvin Usaha Khatam al-Quran, Baca 4 Muka Surat Sehari
Usaha murni Syatilla itu sememangnya perlu disokong dan pelakon ini juga berharap naskhah al-Quran yang sebelum ini menjadi hiasan atas almari akan dibuka setiap hari.
“ASAL CONTENT BACA AL QURAN KONON-KONON BAIK, KONON-KONON ALIM.
“Ya allah jahatnya aku pernah terdetik dalam hati setiap kali nampak orangg post content mengaji. Tolong lah jangan jadi manusia macam ni tolong ambil dari sudut yang baik!,” tulis Syatilla.
Zaman Sekolah 4 kali Khatam al-Quran
Ibu kepada dua cahaya mata ini akui sewaktu zaman sekolah dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.
“Malam ni tilla sendiri rasa terinspirasi dengan posting-posting yang mengundang rasa negative tadi!
“Content yang aku rasa negative tu berjaya buat aku sentuh al-quran yang selama ni jadi hiasan atas almari.
“Dulu masa zaman sekolah, dah tiga, empat kali berjaya khatam al-Quran. Semi Allah.
“Makin besar, makin kenal duit, makin banyak duit, al-Quran dah jadi jauh sangat dah. Baca pun merangkak-rangkak macam baru nak kenal huruf.
“Dan yg paling best, bila terdetik perasaan di atas automatically, scroll-scroll ig tiba-tiba nampak ceramah ustaz-ustazah cerita pasal seksa kubur, pasal macam mana al-Quran tolong kita bila mati, macam mana al-Quran jadikan kita manusia lebih sempurna.
“Sumpah tak tipu, hari-hari Tilla akan nampak ja ceramah-ceramah pasal hebatnya amalan baca alQuran kat ig. Lagi tak mula buka baca, lagi banyak ternampak. Dah terang-terang memang Allah nak tolong, dah bagi petunjuk dah pun takkan masih nak buat tak tahu?
“Insyaallah kita cuba khatam dalam masa sebulan ni,1 hari dpt baca 4 muka surat pun dah besar rahmat dah! Doakan,” tulisnya.
‘10 tahun lalu terpaksa tolak.’ Kini teruja bakal tunai haji bersama suami dan madu pada tahun ini. Sudah tentu kegembiraannya berganda apabila dapat ke Tanah Suci bersama insan tersayang.
Tidak tergambar kegembiraan pada wajah seorang suri rumah dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.
10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak
Norlizahayati Mohd Yatem, 57, bukan sahaja akan merakamkan kenangan perjalanan sebagai tetamu ALLAH SWT bersama suaminya, Abdul Rahim Mohamed, 61, malah madunya berusia 41 tahun akan turut serta berangkat dalam penerbangan yang dijadualkan pada 27 Jun depan.
Menurut Norlizahayati, pada tahun 2012, dia pernah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, namun terpaksa melupakan hasrat ketika itu kerana kewangan belum mencukupi selain anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Norlizahayati, selepas itu dia berazam membuat simpanan setiap bulan dan akhirnya pada awal Januari lalu dia menyertai kursus haji secara maya, seterusnya mereka bertiga mendapat tawaran untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada bulan lalu.
“Tak sangka setelah terpaksa menolak tawaran kira-kira 10 tahun lalu akhirnya ALLAH SWT izinkan saya pergi bersama suami dan madu yang menetap di Kuala Lumpur.
“Sebelum ini suami dah maklumkan mahu membawa kedua-dua isteri menunaikan haji, lagipun hubungan kami baik dan Alhamdulillah, ALLAH mendengar doanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Bersama Suami, Madu
Norlizahayati yang menempuh hidup bermadu sebagai isteri pertama sejak 2005 berkata, ini merupakan haji pertama mereka dan sehingga sekarang persiapan masih dilakukan secara berperingkat memandangkan suaminya yang merupakan pesara tentera, kini menerima rawatan di hospital akibat Covid-19.
Menurutnya, walaupun diuji dengan keadaan kesihatan suami, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat malah melihat suami yang semakin sembuh memberi keyakinan untuk mereka bertiga menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
“Lagipun Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan kami hujung bulan Jun, jadi masih ada masa untuk membuat persiapan,” ujarnya.
Mingguan Wanita : Semoga urusan Norlizahayati bersama suami dan madunya dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.
Tidak dinafikan waktu memberi anak-anak makan memang satu cabaran dan dipenuhi dengan 1001 kerenah. Ada anak-anak yang memilih makanan, ada yang tak mahu makan langsung dan ada yang makan merata satu rumah! Sebagai mak ayah, memang risau bila anak-anak makan sikit kerana bimbangkan perkembangan tumbesaran mereka terganggu.
Sebenarnya, melayan anak-anak makan pun ada caranya yang tersendiri. Berikut merupakan 4 tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya sebagai panduan.
1. Hadkan Pemilihan Makanan Mereka. Jangan Lebih Dari 2 pilihan
“Ammar nak makan? mummy masak pasta cheese garlic dengan bubur nasi, Ammar pilih nak makanan yang mana ya”
“No mummy, I dont want pasta..”
“Its ok Ammar, mummy masak ini sahaja, kalau Ammar lapar nanti Ammar makan ya”
1 jam kemudian- licin pasta mummy masak, sebab dah lapar, dan tiada pilihan lain melainkan ini dua sahaja. I am your mother not your maid or mamak at shop boleh order order ya. Makan apa yang mummy masak.. sebab mummy masak sedap dan sihat.
Jangan tanya apa yang dia nak! again ni bukan kedai mamak, makan apa yang di hidang.Mendidik bukan sehari, berhari-hari dan berkali-kali.So sekali tak jalan, buat lagi.. bukan sekali tak jalan, anak jadi tuan!
2.Kalau Suka Apa Yang Mummy Masak, Makan Banyak, Tak Suka Makan Sikit
Jangan risau sangat anak makan 5 suap,lepas tu offer susu..nanti anak minum susu lebih, mak juga yang pening.Dia suka dia makan banyak, tak suka makan sikit. Nanti lapar dia ulang la makan.
Tak mati nya diorang kalau makan 5 suap ja.
3. Jangan Bagi Gajet Waktu Makan
Bila makan jangan sua gadjet hanya nak bagi dia makan banyak.Kreatif sikit, makan sambil bermain ala-ala helikopter datang nak landing dalam mulut ke, chicken hiding behind mee ke,bercerita..interaksi dengan anak! Ini adab makan.
Seronok ke mak-mak makan kat luar tengok anak and bapak main hp dekat meja makan and you are craving for their attention. Sebelum jadi macam tu, jangan ajar diorang macam tu.
4. Makan Setempat!
Makan setempat! Bukan bekejar satu rumah. Ini kenkonon nak bagi anak makan banyak bekejar lah mak satu rumah. Nak makan duduk elok-elok.. Ingat kita ni bukan maid atau pekerja kedai mamak boleh order-order atau ikut kehendaK TUAN dalam rumah.
Jenuh kejar satu rumah..bersepah satu rumah!
I COOK YOU EAT!
Selamat mencuba.
luv,
DR NURHAYA LACTATION CENTER
Semoga perkongsian ini bermanfaat, mak ayah bolehlah mencuba tip yang dikongsikan ini dalam melayan kerenah anak-anak makan dengan lebih bijak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...