Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

Masakan Baba Nyonya atau Peranakan turut diminati di kalangan rakyat Malaysia. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya tersohor di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun daripada nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.

Dikongsikan tiga resipi masakan Baba Nyonya yang tak kurang sedapnya.

TIGA RESIPI MASAKAN BABA NYONYA

LOH BAK SAYUR

Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

BAHAN-BAHAN INTI LOH BAK:

1 biji sengkuang  | potong Julliene

1 biji beet root | potong julliene

1 biji lobak merah | potong julliene

1 paket tauhu telur

1 paket tauhu lembut

1 sudu makan serbuk 5 rempah

2 sudu makan tepung jagung

Garam secukupnya

1 biji telur | untuk lekatkan kulit

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBALUT LOH BAK:

Kulit tauhu kering secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Untuk membuat inti; Satukan kesemua bahan sayuran serta serbuk 5 rempah, tauhu telur, tauhu lembut, tepung jagung dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Ketepikan.

2.Potong kulit tauhu kering selebar segi empat sama.

3.Lapkan tauhu kering itu dengan menggunakan kain basah sehingga tauhu kering itu lembut.

4.Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu kering seperti membalut popia. Anda boleh menggunakan sayur lain yang anda suka.

5.Balut dengan ketat dan gamkan dengan telur. Ulangi hingga selesai. Ketepikan.

6.Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga ia  bertukar kekuningan. Angkat dan toskan. Sedia dinikmati.

Lagi resipi di sini:

IKLAN

Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

Masakan Ala Baba Nyonya Penuh Cita Rasa Malaysia

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

LAKSA NYONYA

Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

BAHAN-BAHAN:

BAHAN- BAHAN KUAH LAKSA LEMAK:

1500ml air rebusan kulit udang

250ml pati santan

10 keping kek ikan

½  kilo udang saiz XL | bersihkan

1 tangkai daun kesum

2 batang bunga kantan |  belah dua

3 sudu makan cili kisar

3 sudu makan serbuk kari ikan

Air asam jawa secukupnya

Garam dan gula secukupnya

IKLAN

Minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR:

8 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1/2 inci lengkuas

1 inci kunyit hidup

3 batang serai

4 biji buah keras

50gm genggam udang kering | rendam 10 minit dan toskan

1 inci belacan | bakar

3 biji cili merah

BAHAN SAMBAL BELACAN:

1 cawan cili kisar

1 inci belacan | bakar

Garam dan gula secukupnya

ULAM:

Sedikit timun | hiris nipis dan mayang halus

IKLAN

Sedikit bawang besar | hiris nipis dan leraikan

Sedikit tauge | cuci dan toskan

Sedikit kek ikan yang telah digoreng

Bunga kantan | hiris halus

BAHAN-BAHAN LAIN:

Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)

Limau kasturi secukupnya | belah dua

Sambal belacan tumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk sambal belacan tumis: Tumis cili kisar dan masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa kemudian boleh matikan api. Ketepikan.
  2. Untuk kuah laksa lemak: Panaskan minyak di dalam periuk lebih kurang ½ cawan. Tumis bahan-bahan yang dikisar halus hingga terbit harum.
  3. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing, kemudian masukkan pes kari ikan dan air asam jawa.
  4. Kemudian tuang air rebusan kulit udang. Kacau rata dan biar mendidih.
  5. Masukkan pula udang, bunga kantan dan daun kesum. Kacau dan biar udang masak. Tambah kek ikan, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sebati. Tutup api
  6. Untuk menghidangkan laksa nyonya: Masukkan secukupnya mi laksa ke dalam mangkuk. Tuang kuah laksa bersama isinya sekali (termasuk udang). Hias dengan ulam-ulaman, sambal belacan tumis dan perahkan jus limau kasturi sebelum makan. Boleh juga dihidangkan bersama ulam-ulaman daun selasih, dan telur rebus.

MASAKAN SETERUSNYA…

SAMBAL IKAN BILIS NYONYA

Masakan Baba Nyonya Penuh Aroma, Ada Tarikan Tersendiri

BAHAN-BAHANNYA:

300gm ikan bilis

BAHAN-BAHAN TUMIS:

4 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

3 sudu makan cili kisar

1/2 mangkuk air asam jawa

CARA MEMASAK:

1.Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

2.Kemudian masukkan bahan-bahan tumis tadi seperti bawang merah, bawang putih, cili kisar dan tumis sehingga garing.

3.Kemudian masukkan air asam jawa. Goreng lagi sehingga garing. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

4.Setelah kering, masukkan ikan bilis dan kacau sehingga rata. Tutup api dan angkat. Sedap juga jika dimakan dengan ubi kayu rebus atau roti.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI