Masakan di negara kita dipengaruhi oleh pelbagai bangsa yang ada di negara kita termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang.
Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. Dikongsikan tiga masakan udang Baba Nyonya. Sedap tau.
Sila cuba ye!
UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor Udang XL – potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas – potong dadu
2 biji tomato – belah empat
2 biji cili merah – hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai – titik
1 helai daun kunyit – koyakkan
1 mangkuk santan
½ mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
- Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
- Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Ada resipi juga di sini:
Nak Kurangkan PEDAS Sambal Penyet KENA Masak Lama, TAMBAH Udang Geragau Lebih Sedap
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
UDANG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang XL – bersihkan dan potong janggut
½ mangkuk air asam jawa pekat
1 batang daun saderi – potong serong
Sedikit gula Melaka mengikut rasa
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- biji bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 biji cili merah – hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Perap udang bersama dengan air asam jawa. Kemudian goreng dengan sedikit minyak. Goreng seketika dan angkat. Ketepikan.
- Kemudian dengan minyak yang digoreng udang tadi, tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air asam jawa daripada perapan udang tadi dan daun saderi. Akhir sekali masukkan gula Melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN:
- ekor udang XL – bersihkan
1 mangkuk cili kering yang dikisar
- biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan pes tomato
½ mangkuk air asam jawa
3 sudu makan minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
- Kemudian masukkan pes tomato diikuti air asam jawa dan biarkan masak seketika.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Resipi: RASA