Masak Sendiri NASI ARAB, Cara Buat Kuah Sup Berempah Paling Penting!

Share

Sedapnya makan Nasi Arab, pulak tu letak dalam dulang makan beramai-ramai satu keluarga. Memang meriah. Jika selalu beli je di restoran Arab, mak-mak boleh buat sendiri je Nasi Arab ni di rumah. Lebih jimat dan berbaloi. Paling penting bila nak buat Nasi Arab ni adalah kena pandai buat sup berempahnya. Barulah jadi.

Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ni. Mudah je guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Tak perlu beli rempah atau pes nasi arab.

“Try buat Nasi Arab pakai bahan-bahan kat rumah je. Alhamdullilah menjadi dengan jayanya. Menu berbuka semalam untuk 6 orang makan.
Kongsi jugak la mana tau ada yang berkenan”.

Untuk resepi nasi dan ayam ada kat setiap gambar dengan step-stepnya sekali.Ni resepi untuk salatoh dan salsa.

Salsa/Sambal arab

Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Daun ketumbar
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan-bahan diatas)
Pudina hiris (saya guna ketumbar gak.. Benda takde)
Gaul semua bahan dalam 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lagi jus lemon. Siap!

Ok part ni paling penting untuk dapatkan rasa Nasi Arab tu

Bahan-Bahan (Sup):

Ayam saya guna 3 whole leg
1 biji Bawang besar (kalau besar guna separuh)
1 biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
Buah pelaga 3 biji
1 kiub ayam
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Cara Membuat:

Rebus sampai ayam masak. Air rebusan tadi digunakan untuk masak nasi.Dan selebihnya saya buat sup untuk makan dengan nasi.Sedap. Rasa sup berempah.

Bahan-Bahan (Nasi)

Sebiji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)

Cara Membuat:

1.Panaskan majerin/butter dan kalau nak sedap minyak sapi.Masukkan bahan-bahan hiris dan 3 sekawan tadi.Tumis sampai garing ye.

2.Masukkan beras, gaul bersama bahan tumis.Tumis sehingga garing. Baru nasi sedap.Beras basmathi rendam dulu 30 minit ye.

3.Air rebusan ayam tadi, masukkan dalam periuk.

4.Beras dah siap macam ni.Kalau beras biasa sukatan macam biasa la ye.Tapi kalau basmathi saya guna 1 cup beras = 2 cup air.

5. Nasi dah pon siap.Bila nasi dah kering.Tuang la pewarna.Minyak carotina ke(ni Mohd Radzi Azizi ajar). Tutup dulu, lepas 10 minit baru boleh kacau nasi dan jangan lupa daun ketumbar. Ni yang buat bau dia sedappp. Minyak carotina tu, minyak masak kalernya merah. Taip je kat search carotino nanti keluar.Saya memang menumis guna minyak tu.

Bahan-Bahan (Perapan Ayam):

Angkat ayam dari air rebusan.. Saya perap guna bahan ni
Serbuk cili
Serbuk kari
Sos tiram
Garam
Perasa
1 sudu Madu/gula
2 sudu Minyak masak

Cara Membuat:

1. Perap kejap je sambil-sambil siapkan nasi.Lepas tu panggang.

2. Bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 30minit.Nanti dah bakar 15 minit, keluarkan sekejap dan sapu lebihan bahan perap tadi. Bakar semula, nanti ayam kilat dan cantik.
3. Ayam dah siap! Ayam ni boleh je dimasak sekali dalam nasi… Tapi saya lebih suka aroma panggang.

Dah siap. Hidanglah macam mana pun.Asal kenyang. Sup tu saya ambil dari air rebusan ayam tadi.Untuk salsa dan salatoh, resepi kat atas ye.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Nasi Ayam Sedap, Adaptasi Resipi Bekas Masterchef Istana Buckhingham

MW: Mudah je kan nak buat Nasi Arab sendiri di rumah. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Nur Aisya

Published by
Suhaidah Abd Wahab