Masak Sendiri Makanan Korea ‘Jjajangmyeon’, Buat Sos Blackbean Guna Taucu!

Share

Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi ‘Jjajangmyeon’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu orang Korea menarik juga.Paling penting resipi ni, menggunakan bahan-bahan yang diyakini halal.

Boleh cuba resipi ‘Jjajangmyeon’ yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini. Macam senang je nak buat.

“Mana dia peminat makanan Korea? Ada ni kita masak Jjajangmyeon atau in English, Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yang tulin kena guna blackbean ori punye) kita buat sendiri dengan menggunakan taucu.”

“Apa rasa Jjajangmyeon ni? Rasanya bukan mcm mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee. Rasanya slurrpp yang ada bau ala-ala kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin-masin manis hujung tu rasa hangus-hangus sikit, macam dibakar. So resepinya mudah je. Sila baca:

Bahan-Bahan (Kuah Ala Blackbean):

3 sudu gula putih
3 sudu besar taucu masin
air setengah cawan
1 sudu besar tepung gandum
kicap lemak manis

Cara Membuat:

1. Mula-mula buat caramel pekat daripada gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
2. Kemudian taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.

3. Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.

4. Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.

5.Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

Cara Memasak Jjajangmyeon:

Bahan-Bahan:

Daging ayam
timun
kentang
bawang holland
Minyak Masak
Sedikit Air
Tepung Jagung
Garam
Kicap pekat
serbuk lada hitam
Mee lidi

Cara Membuat:

1.Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.

2. Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.

3. Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.

4. Tuang sedikit air untuk menjadi kuah.

5. Campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

6. Boleh letak sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
7. Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.

8. Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atas nya dihiasi dengan hirisan timun.

9. Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru ngapp.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Cara Buat’Pogi Kimchi Homemade’ Tahan Sehingga 2 Bulan, Makin Lama Diperam Makin Sedap Rasanya!

Kena RENDAM Dalam Air Sejuk,Kekenyalan Topokki Mesti Sama Macam Getah Pemadam!

MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat bagi mak-mak yang cuba sendiri atau layankan anak-anak dengan menu dari Korea. Mudah je nak buat. Sambil-sambil layan drama korea tu, bolehlah makan Jjajangmyeon yang sedap ni!

Sumber: Zurina Zulkefli

Published by
Suhaidah Abd Wahab