Masak sedap pun kadangkala tak cukup membuat anak-anak tertarik untuk makan masakan yang kita masak. Mak-mak kena kreatif untuk menarik minat anak makan sama ada di rumah atau untuk bekal ke sekolah.
Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini kan? Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Mak-mak boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah.
MASAK BENTO BAS SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
3 keping kentang Hashbrown
3 batang sosej (Breakfast Sausage)
2 biji telur puyuh } direbus
1 biji buah tomato segar
½ labu bawang besar
200gm kacang panggang
1 biji Brussel Sprout }rebus
100gm Brokoli } rebus
Sedikit minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam
Sedikit mentega
UNTUK HIASAN:
3 batang lidi hiasan } untuk cucuk sosej
Sedikit Rumpai Laut Jepun
1 cawan kertas kecil } untuk letak kacang panggang
CARA MASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
- Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
- Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
- Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
- Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
- Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
- Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Setelah itu, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas Guna Enam Bahan Saja, Anak-Anak Gerenti Suka!
Resipi Kam Heong Lala Ini Buat Shell Out Pun Sedap!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MASAK BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW
BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
6 biji ubi kentang } kupas kulit dan rebus sehingga empuk
½ sudu teh susu uht
½ sudu teh serbuk lada sulah
30gm mentega lembut
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:
1 labu bawang Holland (Cincang)
1 sudu makan serbuk pati ayam
½ sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
30gm tepung gandum
1 liter air
Sedikit minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN COLESLAW:
250gm kubis bulat
150gm lobak merah
100gm bawang besar
2 sudu makan mayones
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
½ sudu makan cuka sayur
UNTUK HIASAN:
4 potong kentang wedges } digoreng dahulu
Sedikit daun salad
Sedikit kacang badan } belah dua secara menyerong
Sedikit timun jepun (untuk mata)
CARA MASAK:
- Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
- Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
- Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
- Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos bawang kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
- Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
- Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
- Kemudian satukan kentang lenyek dan sos bawang kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
- Untuk menghidang: Skop Kentang lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
- Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
- Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
- Potong Ttimun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
- Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
- Hiaskan juga dengan kentang wedges yang telah digoreng.
- Sedia dihidangkan.
MASAK BENTO LASAGNA SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
4 keping kulit lasagna
1 sudu kecil minyak zaitun
Keju mozarela secukupnya (untuk ditabur di atas susunan lasagna nanti)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN B:
1/2 labu bawang besar } didadu keci
5 ulas bawang putih } dicencang halus
10 batang jejari isi ketam } potong kecil
10 ekor udang } dipotong kecil
45gm mentega
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit dill, dan basil kering
Garam secukup rasa
BAHAN C (BÉCHAMEL):
400ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum } roux
2 sudu besar mentega } roux
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
2 batang jejari ketam
3 ekor udang
2 ekor Chuka Idako
2 biji Brussel Sprout
2 biji Bebola ikan } bentukkan menjadi ikan
Sedikit Rumpai Laut Jepun
CARA MASAK:
- Untuk kulit Lasagna: Masukkan air ke dalam periuk dan renjiskan minyak Zaitun ke dalam rebusan. Kemudian masukkan kulit Lasagna dan rebus sehingga lembut.
- Angkat dan tos. Ketepikan.
- Untuk inti: Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan jejari isi ketam yang telah dipotong. Kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan daun dill dan basil kering, kacau sekejap dan angkat. Ketepikan.
- Untuk membuat bechamel (sos putih): Renehkan susu segar di dalam periuk dan kacau menggunakan ‘hand whisk’.
- Dalam bekas lain, satukan mentega dan tepung gandum dan kacau sebati untuk jadikan roux (bahan pemekat).
- Masukkan roux ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
- Untuk menyediakan Lasagna: Susun dua keping kulit Lasagna di dalam bekas aluminium bersaiz 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
- Kemudian curahkan separuh bechamel di atasnya. Ratakan.
- Susun lagi dua keping kulit Lasagna di aatas bechamel. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
- Seterusnya curahkan semua baki bechamel dan ratakan.
- Taburkan keju mozarela hingga menutupi bechamel.
- Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit.
- Cara menghidang: Celur jejari ketam, udang, Brussel Sprout dan Chuka Idako. Ketepikan.
- Susun udang yang telah dicelur di bahagian belakang.
- Gunakan Brussel sprout yang dibelah dua dan silangkan dengan Rumpai Laut Jepun.
- Tambahkan Chuka Idako (sotong Jepun) di bahagian depan. Akhir sekali gunakan bebola ikan yang berbentuk ikan untuk disusun di bahagian depan. Sedia dihidangkan.