Sambal Sardin antara masakan yang cukup mudah dan sedap disediakan. Dimakan dengan telur dadar dan nasi panas memang boleh makan bertambah-tambah. Rupanya nak kurangkan hanyir ikan sardin dan jadikannya lebih sedap, kena goreng dulu ikannya.
Ada peminat sardin? Hari ni masak ikut cara mak saya. Favourite saya, ikan sardin tu kena goreng dulu, kuranglah sikit bau hanyir. Tapi, siap sedialah dengan letupan-letupan minyak tu nanti.
Meh cuba resepi simple ni.
1 tin ikan sardin. Saya pilih Ayam Brand. Bukan jenis Mackerel, jenis yang biasa je.
1 labu Bawang besar
Seulas Bawang putih
2 sudu cili kisar
Sebiji ubi kentang hiris ikut suka
Cabai merah sebagai hiasan
Sedikit asam jawa
Sedikit gula
1.Asingkan ikan dan kuahnya.
2.Panaskan minyak.
3.Goreng ikan sehingga garing. Dah garing, angkat. Part ni kena kental. Percikan minyak-minyak dia memang tak boleh bawak bincang.
Ni ikan yang dah siap goreng. bukan rentung tau. Ni garing.
4.Tumis bawang besar, bawang putih, cabai merah menggunakan lebihan minyak tadi.
5.Masukkan cili kering.
6.Tumis sehingga naik minyak.
7.Kemudian masukkan kuah sardin dulu bersama ubi kentang.
8.Dah agak-agak ubi tu empuk sikit, boleh masukkan sedikit air asam jawa & sedikit gula.
9.Boleh jugak letak asam keping, tapi rasa dia tak sama. Terpulang pada selera masing-masing.
10.Akhir sekali, masukkan ikan yang digoreng tadi.
Dah siap!!!
Makan dengan nasi panas, surrrrr.
Abaikan kuali lejen tu yang dah bersama saya sejak tahun 2005 lagi. Banyak jasanya pada saya.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya
Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!
MW: Menarik juga tip yang dikongsikan ini. Boleh goreng dulu ikan sebelum masak sambal sardin macam biasa untuk hilangkan hanyir dan rasa lebih sedap.
Sumber: Nor Zehan
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita