Masak NASI Sikit Guna Teknik ‘Double Boil’ Tak Berkerak, Elok Tak Membazir!

Share

Memang ada benanrnya apabila masak nasi dengan kuantiti yang sikit, mak-mak boleh cuba guna teknik ‘Double Boil’ ni. Elok nasinya tak berkerak malah taklah membazir terbuang.

Ikut teknik yang dikongsikan oleh Nabilah Hannan ini sebagai panduan.

Kadang malas nak layan kerak nasi dalam periuk. Bila dah rendam dalam sink, nampak kerak tu jadi nasi rasa membazir pulak.

Tapi kalau nasi dah jadi bubur, tu lain lah ceritanya. Tiber…

So, jom kita masak nasi teknik double boil. Selalunya orang buat chocolate topping je yang guna teknik ni. Sekarang kita apply kat nasi pulak.
Lets try!

P/s: STEP LAST TU PALING UTAMA, kalau ambil master dalam bidang masakan nasi putih tapi tak reti yang tu, tetap disqualified

Cara Membuat:

1.Basuh beras macam biasa. Dan sukat air macam biasa. Saya pakai mangkuk yang jenis stainless steel tu.

2.Pastu, periuk nasi tu letak air jugak. Biar terendam separuh dari mangkuk tadi.

3.Rice cooker + periuk nasi taruk air + mangkuk stainless steel (beras dibasuh +air).

4.Step paling penting. Make sure lampu dekat COOK menyala. Jangan sampai ‘mak kau ijau’.

5.Kejadian nasi yang telah masak.

Button cook tadi takkan naik warm selagi air yang kita taruk dalam periuk nasi ada lagi. Nak tunggu kering lama lagi la kot nak makan nasinya.Jadi, dalam 20-30 minit lepas on switch tu, boleh check kalau-kalau nasi dah siap masak.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca: Masak Nasi Cepat, Jimat Masa Guna AIR PANAS Kejap Je Mendidih!

Baca Lagi Di Sini:Masak NASI Putih Lebih Sedap, Wangi, Elok Cantik Berderai, Letak 3 Bahan Ni

Artikel Menarik:Antibiotik Semulajadi, Amalkan Masak Nasi Letak BAWANG PUTIH Cukup 2-3 Ulas Sehari

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak masak nasi sikit, elok tak berkerak boleh cuba teknik double boil ini. Memang tak berkerak langsung.

Sumber:Nabilah Hannan

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab