Masak Nasi Dengan 3 Cara Ini, Satu Lagi Rahsia Awet Muda Mak-mak Boleh Cuba

Share

Siapa kata makan nasi itu penyebab gemuk. Jangan tak tahu, banyak dah diet yang diperkenalkan masih mengutamakan nasi dalam hidangan harian mereka. Cuba rahsia awet muda melalui masak nasi dengan 3 cara ini.

Petua ini sebenarnya banyak khasiatnya kepada mak-mak yang nak jaga badan. Tapi nasi yang kita nak makan itu, jika dicampur dengan manjakani tak bolehlah dikongsi dengan suami ataupun anak-anak. Haa. ekskusif kan untuk mak-mak.

Perkongsian masak nasi letak daun pandan atau manjakani atau bawang putih ini dikongsikan oleh Perunding Jamu, Puan Norliza Mohd Salleh.

Akui beliau, setiap bahan-bahan itu mempunyai fungsi yang tersendiri. Betul cara masak nasi itu dan makan ikut sukatan memang boleh buat mak-mak nampak cantik berseri-seri. Kalau mak-mak nak tahu kebaikan setiap bahan itu baca keterangan di bawah ini.

Petua Awet Muda Melalui 3 Cara Masak Nasi

 

Daun Pandan

“Selalu saya letak dulu daun pandan tu. Untuk beri efek wangi pada nasi yang dimasak. Walau pun tidak menggunakan beras wangi.”

Bila masak guna daun pandan, harum semerbak je satu rumah. Makin tak sabar jadinya nak makan nasi.

 

Manjakani

Biasanya diisi dalam beras yang ingin dimasak oleh wanita yang gemarkan penjagaan dalaman. Manjakani bersifat bagus untuk memelihara rahim dan dalaman wanita.

Ada juga mak-mak yang benamkan saja manjakani dalam nasi yang sedang nak tanak tu. Terpulang sebenarnya ikut cara mak-mak.

Biasa kalau dalam pantang ramai yang buat begini.

 

Bawang Putih

Yang isi bawang putih masukkan ketika masak nadi. Khasiatnya pun boleh tahan juga. Bawang putih ini sifatnya buang angin, kurangkan kolesterol serta awet muda dan banyak lagi.

Menurut Norliza lagi, ketiga-tiga cara yang dikongsikan ini pernah dicuba dan menjadi amalannya. Bagus sebenarnya ketiga-tiga cara ini. Masing-masing ada khasiat tersendiri.

Haa… mak-mak pula ada yang pernah cuba? Cara mana agak-agaknya?

Sumber/Foto : Norliza Mohd Salleh

Published by
Netty Ah Hiyer