Memang unik dan cukup istimewa apabila berpeluang memasak dalam suasana kampung seperti mak-mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu. Apatah lagi menampilkan cara memasak yang manual menggunakan perkakas asas seperti lesung batu, batu giling, periuk tembaga dan dimasak pula menggunakan dapur arang.
Tak dinafikan cara sebegini meskipun agak renyah, namun masakan yang dihasilkan memiliki aroma dan rasa yang luarbiasa sedapnya. Meskipun air tangan mak adalah yang terbaik buat anak, namun adakalanya kita sebagai anak cuba untuk membahagiakan mak, teringin nak masak sedap macam mak ikut resipi dan cara yang sama.
Marbitter Perkenal Gaya Hidup Kampung
Sungguh asyik dan leka menyaksikan pelbagai video masakan, gaya hidup dan budaya kampung yang dikongsikan oleh ‘influencer’ berpengaruh Marbitter yang berasal dari Batu Rakit, Terengganu ini.
Mempunyai 203K followers di Instagram dan 599.4K followers di Tiktok, pemilik nama Marham Mohd Yusof,34 atau lebih dikenali Marbitter di media sosial seringkali menghasilkan video masakan berkonsep tradisional dan memperkenalkan gaya hidup kampung bersama ibu tersayang, Asiah Ngah yang kini berusia 77 tahun. Menu lauk kampung yang dihasilkan pula kebanyakkannya merupakan resipi dan cara yang diperturunkan daripada mak sendiri.
Menariknya semua proses memasak pula dilakukan secara manual seperti memarut kelapa, memerah santan, menumbuk bawang, menggiling cili, rempah dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kebanyakan bahan-bahan masakan yang dipetik pula sama ada ditanam sendiri mahupun tumbuh melata sekitar kawasan rumahnya. Memang gaya hidup kampung, MASAK MACAM MAK dan nenek-nenek kita dulu-dulu.
Resipi Gulai Kuning Batang Keladi
Baru-baru ini Mar ada kongsikan video resipi Gulai Kuning Batang Keladi Dengan Ayam menggunakan resipi dan cara maknya. Memang nampak sungguh sedap dan berselera seisi keluarga makan, lebih-lebih lagi makan dengan nasi putih panas menggunakan Beras ERA Nagasari Super Import.
Bahan-Bahan:
Batang Keladi
Air secukupnya (untuk merebus batang keladi)
Asam keping
3 batang Cili Merah
4 inci Kunyit Hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji mangga muda
Santan secukupnya
lada hitam
garam
Beberapa ketul Ayam
Cara Membuat:
1. Raut batang keladi, buang kulit luarnya dan potong kecil.
2. Basuh bersih batang keladi tersebut dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam keping untuk hilangkan rasa gatal. Rebus batang keladi sehingga empuk.
3. Tumbukkan cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit sehingga hancur.
4. Batang keladi yang dah empuk, bilas sekali lagi bagi menghilangkan gatal. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
5. Masukkan pula santan dan bahan tumbuk, kacau sebati dan biarkan mendidih.
6. Selepas itu masukkan ayam, mangga muda, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Siap! Boleh hidangkan dengan nasi panas beras ERA. Dapatkan Beras ERA Nagasari Super Import, kini dengan kualiti yang dipertingkatkan dan rasa yang lebih enak.
View this post on Instagram
Berita baik, bagi yang suka memasak lebih-lebih lagi resipi dan cara mak, boleh buat video masakan mudah MASAK MACAM MAK seperti Marbitter ini untuk rebut peluang dapat pelbagai hadiah menarik.
Jom sertai Peraduan ‘MASAK MACAM MAK’ ERA, dengan ikuti langkah-langkah mudah ini:
1. Pastikan anda Follow Facebook/Instagram ERA.
2. Rakam atau snap gambar masakan resipi mak yang paling disukai. Pastikan guna mana-mana Beras ERA.
3. Post video dan gambar masakan anda di Facebook/Instagram dan sertakan resipi penuh.
4. Tag @erafoodsmy dan gunakan hashtag #MasakMacamMak dan #ERAFoodsMY
Hadiah Utama: 1 x Set Pinggan Mangkuk Seramik
Hadiah Kedua: 3 x Mangkuk Tingkat Klasik
Hadiah Saguhati: 30 x Touch N Go eWallet bernilai RM10
Tempoh Peraduan: 9 hingga 25 Jun 2023
Tertakluk pada terma dan syarat:
Untuk maklumat lanjut layari www.erabk.com/masakmacammak
#ERAFoodsMY
#ERAUntukSemua
#MasakMacamMak
View this post on Instagram
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI