Masak apa nanti untuk berbuka puasa? Tentu ramai yang sedang berpuasa enam atau ganti puasa bulan Ramadan lepas. Apa menu untuk petang ni untuk berbuka? Aneka lauk pauk berkuah seperti masak lemak cili padi, lemak putih dan sup pasti akan membuatkan selera anda terbuka tatkala berbuka puasa.
Jom cuba Kurma Telur Puyuh dan Masak Lemak Cili Padi Udang Cendawan. Rasanya menyengat habis! Selamat mencuba.
KURMA TELUR BURUNG PUYUH
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur burung puyuh – rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang – belah enam (wedges)
1 biji limau kasturi
2 biji tomato – belah empat
I paket kecil rempah kurma – dijadikan pes
2 cawan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
1 biji bawang besar – kerat 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia – hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
CARA MEMBUAT:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga kekuning-kuningan.
- Masukkan pes rempah kurma dengan sedikit air dan kacau perlahan sehingga terbit minyak.
- Masukkan air dan kentang, masak sehingga kentang lembut.
- Masukkan santan pekat dan telur burung puyuh, kacau rata dengan api perlahan. Masukkan buah tomato, cili merah dan cili hijau dan bawang besar. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Perah limau kasturi. Kacau perlahan sehingga kuah pekat. Masukkan garam secukup rasa.
- Sekiranya rasa sudah seimbang, tutuP api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang – bersihkan dan toskan
1 paket cendawan tiram
1 labu bawang besar – hiris kasar
15 biji cili padi – ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup – ditumbuk halus
2 batang serai – diketuk
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama kunyit hidup, serai dan santan cair ke dalam periuk.
- Masak sehingga mendidih. Biar agak lama supaya cili betul-betul masak.
- Masukkan udang, cendawan dan bawang besar bersama garam secukupnya. Masak sehingga menggelegak.
- Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Sekiranya rasa sudah seimbang, boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
https://www.mingguanwanita.my/bila-24-jam-duduk-rumah-ramai-risau-badan-naik-kerap-masak-maknanya-kerap-makan/