Masak apa nanti untuk berbuka puasa? Tentu ramai yang sedang berpuasa enam atau ganti puasa bulan Ramadan lepas. Apa menu untuk petang ni untuk berbuka? Aneka lauk pauk berkuah seperti masak lemak cili padi, lemak putih dan sup pasti akan membuatkan selera anda terbuka tatkala berbuka puasa.
Jom cuba Kurma Telur Puyuh dan Masak Lemak Cili Padi Udang Cendawan. Rasanya menyengat habis! Selamat mencuba.
KURMA TELUR BURUNG PUYUH
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur burung puyuh – rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang – belah enam (wedges)
1 biji limau kasturi
2 biji tomato – belah empat
I paket kecil rempah kurma – dijadikan pes
2 cawan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji cili hijau – dibelah dua
Ads
2 biji cili merah – dibelah dua
1 biji bawang besar – kerat 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
Ads
1 inci halia – hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga kekuning-kuningan.
Masukkan pes rempah kurma dengan sedikit air dan kacau perlahan sehingga terbit minyak.
Masukkan air dan kentang, masak sehingga kentang lembut.
Masukkan santan pekat dan telur burung puyuh, kacau rata dengan api perlahan. Masukkan buah tomato, cili merah dan cili hijau dan bawang besar. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Perah limau kasturi. Kacau perlahan sehingga kuah pekat. Masukkan garam secukup rasa.
Sekiranya rasa sudah seimbang, tutuP api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang – bersihkan dan toskan
Ads
1 paket cendawan tiram
1 labu bawang besar – hiris kasar
15 biji cili padi – ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup – ditumbuk halus
2 batang serai – diketuk
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama kunyit hidup, serai dan santan cair ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih. Biar agak lama supaya cili betul-betul masak.
Masukkan udang, cendawan dan bawang besar bersama garam secukupnya. Masak sehingga menggelegak.
Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya.
Sekiranya rasa sudah seimbang, boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Wanita ini, Rosmarlina Binti Abd Gani menetap di Jepun. Walau jauh di negara matahari terbit, beliau dapat menyediakan murtabak ayam roti paratha yang sedap.
Tentunya bila tiba bulan puasa, dan jauh di perantauan. Suasana bazar Ramadan di Malaysia antara yang dirindui perantau-perantau.
Bermacam menu jualan yang menggamit-gamit kenangan. Jadinya, terhasillah resipi murtabak ayam roti paratha untuk keluarganya nikmati ketika berbuka puasa.
“Hari ni Ros buat murtabak ayam guna roti paratha. Nak buat murtabak ni guna kulit popiah pun boleh.
Tapi guna roti Paratha ni lagi sedap dan bolehlah feeling ala-ala murtabak bazar Ramadhan kan.. walaupun jauh di rantauan.”
Akuinya, murtabak inilah makanan kebiasaan bulan Ramadan yang pasti tak dilupakan.
Resipi Murtabak Ayam Roti Paratha Segera
Bahan-bahan
5 keping roti Paratha segera – pastikan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1 jam, supaya senang dibentuk
200 gram daging, ayam – dicincang
Bawang besar – dicincang
2 sudu besar serbuk kari
4 biji telur
Bawang besar – disagat
Kubis – disagat
Cara Membuat
Tumis bawang besar dan masukkan daging dan ayam yang sudah dicincang dan serbuk kari.
Masukkan sedikit air dan sesuaikan rasa.
Kemudian, masukkan garam, masak hingga inti ayam tadi agak kering.
Angkat dan sejukkan.
Ambil inti tadi dan masukkan dalam mangkuk.
Pecahkan 4 biji telur, masukkan bawang besar sagat dan sedikit kubus sagat. (Ros suka masukkan kubis sebab inti akan jadi tebal dan makin sedap.)
Gabungan 11 versi resepi terung bakar air tangan mak-mak ini wajib dicuba. Salah satu dari resepi ini Mingguan Wanita dah cuba. Sedapnya boleh buat seisi keluarga bahagia.
Antara kelebihan terung ini, ianya tinggi antioksidan. Lagi-lagi kulit terung yang berwarna ungu berbanding warna hijau atau putih.
Kulit terung memiliki pigmen yang mengandungi anthocyanin bermanfaat menurunkan risiko terkena diabetes (kencing manis).
Jangan Kupas Kulit Terung.. Ini Sebabnya
Sebab itu masa nak memasaknya, sebolehnya kulitnya jangan dikupas. Ia juga kaya vitamin B dan serat yang tinggi untuk turunkan kadar kolesterol. Paling penting turunkan berat badan. Haa.. bahagiakan mendengarnya.
“Alhamdulillah, siap menu untuk berbuka. Menu nasi wajib dalam rumah ni walaupun ada menu lain. Hari ini teringatkan KERABU TERUNG BAKAR resepi arwah mak.”
Bahan-bahan
Terung panjang – di bakar dulu, sejukkan dan buang kulit. Dipotong-potong ( 3@4 biji ikut suka le).
Cili padi + cili merah + belacan (sambal belacan)
Ikan bilis (rendam, cuci dan tumbuk pecah-pecah saja)
Bawang merah/ bawang besar (hiris-hiris)
Limau kasturi @ air asam jawa sikit kalau tak ada limau
Pati santan – ikut kita la nak banyak mana.
Caranya :
1. Terung yang dah siap dibakar tadi dibuang kulit dan dipotong-potong. Campur semua sekali bahan-bahan tadi. Perasakan garam, gula (sikit) dan masuk pati santan. Perah asam limau.
2. Siap. Selamat mencuba.
“Alhamdulillah, ikan talapia bakar, terung bakar bersantan dan air asam.”
*Terung bakar (ikut kita nak berapa biji) – belah 2
Bahan Kuah
Santan dalam 1 cawan nak lebih pun boleh ikut pada berapa banyak terung.
Bawang besar – hiris (setengah biji)
Bawang merah @ bawang kecil (2 biji) – hiris-hiris juga
Cili api – potong-potong
Separuh kiub pati ikan bilis
Kerisik
Caranya :
1. Masukkan semua bahan dan masakkan sehingga mendidih. Lepas tu perasakan dengan garam dan gula.
2. Tuang kat atas terung.
3. Siap.
1. Terung bakar sampai masak. Dah masak buang yang hitam-hitam.
2. Kemudian tumbuk cili besar 1 biji, cili padi 4 biji bersama sedikit belacan. Tumbuk jangan halus.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air.
4. Lepas itu, masukk hirisan bawang besar, cili padi, terung bakar yang siap dipotong kecil, garam, gula dan perahan limau.
5. Siap untuk dimakan.
Cabai masak – 2 biji
Cili api – 3/4 biji (suka pedas boleh tambah)
Sedikit belacan
Bawang – potong kasar
Cili api – potong kasar
Limau kasturi – ambil jus
Garam
Gula
Santan (dalam 1/2 cawan)
Caranya :
1.Tumbuk cili besar dan kecil serta belacan.
2. Masukkan dalam mangkuk.
3. Gaulkan dengan santan, bawang dan cili potong.
4. Perisakan dengan jus limau, garam dan gula.
5. Siap
(Saya tambah sikit kerisik, bagi ummphh lagi)
1. Gaulkan ikan dengan garam dan bakar ikan pari/ikan keli atau mana-mana jenis ikan. Tapi famous 2 ikan ni. (Dan siap bakar racik sikit ikan-ikan tu ya)
2. Bakar terung
3. Tumbuk cili padi, udang kering, bawang merah.
4. Perah santan dengan air panas, (santan biar pekat ya). Tambah garam, asam limau, (asam limau biar banyak sikit utk rasa yg masam, kalau tak masam tak sedap. Klau nak tambah gula sikit pun boleh. Tabur daun bawang/pucuk paku yg dicelur dan siap utk makan.
“Siapa penggemar sayur terung. Di sini saya share menu kegemaran saya dan encik suami. Kalau ada terung bakar makan memang bertambah-tambah. Diet? haa.. kau pergi jauh-jauh jap ya diet.
“Dah habis makan makan nanti kau datang balik. hari ini special sikit saya kerabukan terung bakar ini. Silakan share resepinya siapa yang nak cuba. Saya halalkan.”
Cara Sediakan Terung Bakar :
√ 3 biji terung panjang dibakar (atas api dapur pun boleh )
√ Siap bakar buanglah kulit-kulit yang terbakar tu ye.. cuci bersih, potong dan belah 2 ataupun sesuka hati la nak size camna pun. Letak dalam bekas ketepikan dulu.
Bahan Sambal Kerabu
*10 biji cili padi (kalau tak nak pedas kurangkan)
*1 biji cili besar
*Belacan
Asam jawa
Atau
2 biji limau kasturi
Ajinomoto
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang geragau/bubuk (goreng seketika tanpa minyak)
1 tangkai daun kesum (hiris halus)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
Caranya :
1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat.
2. Masukkan garam, gula, ajinomoto jika suka (saya guna meggi secukup rasa, jadi tak perlu garam & ajinomoto lagi)
3. Masukkan kerisik, asam jawa/perahan limau dan juga hirisan bawang besar. Gaul sebati dan tuang atas terung yang sudah dibakar tadi.
4. Tabur daun kesum & udang geragau dan gaul mesra. Siap untuk dihidangkan.
“Bila cita-cita nak buat pajeri terung terbantut sebab bahan tak cukup (Ishhhh.. bawang putih tak dak. Kerisik tak dak, bahan penumis tak dak. Semua tak dakkkk), maka jadilah Terung Bakar & Sambal Udang Kering.”
“Senang sangat ni dik. Kalau nak masak masa berkelah tepi pantai pun boleh. Sedap dimakan dengan nasi panas berasap-asap. Fuh! ”
Mula-mula :
1. Bakar terung – Nak bakar kosong boleh…nak gaul garam kunyit pun boleh. Gaul minyak sikit di terung. Ketepikan.
Ini Cara Buat Sambal Udang Kering
1. Hiris bawang besar india. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak dengan api perlahan sampai pecah minyak dan cili masak.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Jangan over tau. Nanti kacau semua rasa. Start sikit dulu.
4. Masukkan gula. Saya tak masukkan garam pun sebab udang kering dah masin.
5. Masukkan Udang kering yang dah direndam (20 minit) dan ditumbuk kasar. Masak sekejap anggaran 10 minit. Siappp.
6. Tuang atas terung bakar tadi.
“Tiba- tiba teringin kerabu terung bakar. Nak makan dengan apa eh sebab buat ni je tengah hari ni. (catatan ditulis sebelum Ramadhan) Baru nak pegi kedai beli lauk.”
Caranya :
1- Hiris terung nipis-nipis macam tu, letak dalam magic pan, siram skit minyak masak. Tunggu la sampai dia lembik hangus skit.
2. Potong tomato, bawang merah, cili padi. Tambah daun ketumbar pun sedap.
3. Potong atau guntingkan terung yang dah masak tu. Pastu letak air asam jawa dan garam. Takyah gula tau.
4- Gaul sebati.
5- Tunggu suami balik bawak lauk lain- lain untuk dimakan dengan nasi.
“Saya ada tips senang untuk mengupas kulit terung yang sudah dibakar. Confirm selamat jari jemari.
“Selesai terung dibakar, tutup rapat. Mesti rapat ya. Biarkan steaming di dalam. Dalam 10 minit begitu lah. Hasilnya, boleh tengok gambar ya. Hasil kupasannya panjang panjang. Jari pun happy.”
Ini Resepi Kuah Asamnya
Bawang merah
Bawang besar – di potong dadu.
Cili padi
Belacan dalam 1cm (dibakar)
Air asam jawa
Garam, gula
Caranya :
1. Kuah asam saya sediakan di dalam lesung. Tumbuk bawang merah, cili, belacan. Sampai lumat.
2. Masukkan bawang besar. Saya cuma tekan tekan jak dengan penumbuk lesung, supaya bawang tidak terasa mentah.
3. Masukkan air asam. Tambah garam dan gula secukupnya.
Terung ( bakar)
Cili besar 2 biji, cili padi 2 biji dan belacan (tumbuk kasar)
Santan
Perahan limau
Garam , gula
Bawang besar – dimayang
Cili padi – potong
1. Bahan ditumbuk masukkan dalam mangkuk kecil dan masukkan ke semua bahan. Gaul-gaul biar sebati. Tambah perasa dan boleh terus dihidangkan.
1. Terung di rebus dahulu
2. Ikan bakar atau goreng tawar
3. Bawang merah + nyor goreng sikit + lada hitam + asam limau. Semua itu gaulkan letak santan sikit. Siap letak atas terung tu.
Sumber/Foto : Facebook
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi Asam Pedas Ikan Kerisi, Menu Kampung Yang Buat Kita Makan Bertambah-tambah
Asam pedas ikan kerisi memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...