Makan

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Bersama Jantung Pisang, Paling ‘Terangkat’ Bila Makan Dengan Ikan Masin

Share

Masak lemak cili api antara menu lauk yang disukai ramai terutama bagi mereka yang gemarkan masakan pedas. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sangat ringkas. Antara bahan asas sering yang digunakan ialah pucuk ubi kayu.

Selain pucuk ubi, tambah ‘kick’ kalau dimasukkan sekali dengan jantung pisang. Masak lemak cili api

sedap dimakan bersama nasi panas apatahlagi jika digandingkan dengan ikan masin.

Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Berikut dikongsikan cara-cara membuat masak lemak cili api bersama jantung pisang.

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Bersama Jantung Pisang

Bahan-bahan: 

Jantung pisang
Pucuk ubi kayu
Cili padi (ditumbuk)
Kunyit hidup (ditumbuk)
Ikan bilis
Asam keping
1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam

Paling ‘Terangkat’ Bila Makan Dengan Ikan Masin

Cara memasak: 

1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih

2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.

3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.

4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.

Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, supaya lebih sedap, gunakan jantung daripada pisang nipah. Rasanya tidak pahit dan tidak kelat.

Kredit foto dan Resipi: SuiSan AliezSha

Published by
Has