Kepak Ayam memang ada peminatnya yang terdiri. Nak masak kepak ayam yang sedap, rasanya manis-manis pedas ada caranya. Sesuai sangat buat waktu makan-makan ramai-ramai. Ikut resipi ni, memang cepat licin, boleh habis sekelip mata.
Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai.
1 kg kepak ayam
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.Pertama, pada suhu 150°C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200°C hingga keperangan dan rangup lebih kurang 10 – 20 minit.
Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.
Mesti Baca: Resipi Ayam Goreng Ala Korea, Guna Teknik 2 Kali Goreng Barulah Kekal ‘CRISPY’
Baca Lagi Di Sini: ‘Honey Chicken Wings’ PADU Guna Air Fryer, Perap Lama Lagi SEDAP!
Artikel Menarik: Kepak Ayam Goreng Sos Ikan Guna Tiga Bahan. Ringkas Tapi Gerenti Sedap
Mingguan Wanita: Jika nak buat makan-makan, boleh buat resipi kepak ayam manis-manis pedas. Memang lebih sedap, lebih sihat dan sekejap je habis nanti.
Sumber:Victoria Van Bennekum
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.