Kari digemari ramai orang tak kira Melayu, India atau pun Cina. Itulah keunikan rakyat Malaysia. Ha…Masak apa tengah hari nanti? Ada kari ala Melayu dan ada kari India. Tiap satu ada keunikan rasa tersendiri. Sejak musim perayaan tiba, bermacam juadah disediakan untuk seisi keluarga walau pun hanya beraya sekeluarga saja. Tapi, kalau tiap hari nak makan rendang, masak lodeh, memang ‘mati selera’ juga dibuatnya.
Masak lauk pauk kampung memang menimbulkan nostalgia. Jom cuba masak resipi Kari Keli Timun Tua dan Ayam Masak Asam Tempoyak. Gerenti suami pun makan bertambah tu!
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | dibersih dan ditoskan
1 senduk tempoyak
15 biji cili api merah | ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup | ditumbuk halus
1 batang timun tua | dibersihkan dan dipotong serong
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK
1. Masukkan tempoyak, cili api, kunyit, daun kesum dan air secukupnya ke dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masak dengan api sederhana sehingga kuah mengelegak.
3. Masukkan ayam dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan masukkan timun dan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun sudah empuk.
5. Sekiranya rasa sudah seimbang, matikan api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli | kerat tiga, dibersih dan ditoskan (basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir
1 batang timun tua | dibersihkan dan potong serong
1paket serbuk kari ikan | dijadikan pes
2 cawan santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | dihiris halus
4 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga kuning dan harum.
2. Masukkan pes rempah kari dengan sedikit air dan goreng sehingga terbit minyak.
3. Masukkan ikan keli, air asam jawa, santan dan air secukupnya.
4. Masak sehingga mengelegak dan masukkan timun tua.
5. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun lembut.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.