Kari digemari ramai orang tak kira Melayu, India atau pun Cina. Itulah keunikan rakyat Malaysia. Ha…Masak apa tengah hari nanti? Ada kari ala Melayu dan ada kari India. Tiap satu ada keunikan rasa tersendiri. Sejak musim perayaan tiba, bermacam juadah disediakan untuk seisi keluarga walau pun hanya beraya sekeluarga saja. Tapi, kalau tiap hari nak makan rendang, masak lodeh, memang ‘mati selera’ juga dibuatnya.
Masak lauk pauk kampung memang menimbulkan nostalgia. Jom cuba masak resipi Kari Keli Timun Tua dan Ayam Masak Asam Tempoyak. Gerenti suami pun makan bertambah tu!
AYAM MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | dibersih dan ditoskan
1 senduk tempoyak
15 biji cili api merah | ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup | ditumbuk halus
1 batang timun tua | dibersihkan dan dipotong serong
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK
Ads
1.Masukkan tempoyak, cili api, kunyit, daun kesum dan air secukupnya ke dalam periuk. Kacau sebati.
2.Masak dengan api sederhana sehingga kuah mengelegak.
3.Masukkan ayam dan kacau sekali sekala sehingga ayam empuk dan masukkan timun dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun sudah empuk.
5.Sekiranya rasa sudah seimbang, matikan api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.
KARI IKAN KELI BERSAMA TIMUN TUA
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli | kerat tiga, dibersih dan ditoskan (basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir
Ads
1 batang timun tua | dibersihkan dan potong serong
1paket serbuk kari ikan | dijadikan pes
2 cawan santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
BAHAN TUMIS:
Ads
5 biji bawang merah | dihiris halus
4 ulas bawang putih | dihiris halus
2 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga kuning dan harum.
2.Masukkan pes rempah kari dengan sedikit air dan goreng sehingga terbit minyak.
3.Masukkan ikan keli, air asam jawa, santan dan air secukupnya.
4.Masak sehingga mengelegak dan masukkan timun tua.
5.Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan timun lembut.
6.Perasakan dengan garam secukupnya. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila cuti lama ni adakalanya buntu juga mak-mak nak masak apa untuk minum petang.Boleh cuba buat resipi cakoi cicah sos karamel ni. Cara nak buat sangat mudah, bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting gebu dan sedap!
“Hai, petang ni rumah awak makan apa. Rumah saya harini buat cakoi cicah sos karamel.Ni cara saya buat cakoi. Walaupun bukan resepi original tapi boleh lah buat makan, ada la jugak rupa cakoi.”
“Resepi sos karamel pun ada sekali saya sertakan. Semua resepi ini ikut cara yang saya selalu buat.”
Bahan-Bahan (Cakoi Simple):
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
1 cawan gula
½ cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu butter
Cara Membuat:
1. Masak gula atas dapur sampai perang.
2. Masukkan susu pekat dan biarkan ia sebati.
3. Tambahkan air supaya sos karamel menjadi cair.
4. Akhir sekali masukkan butter dan tutup kan api.
5. Sos karamel sangat cair ketika panas tetapi menjadi 2 kali ganda pekat apabila sejuk.
Bunga kantan ini penyedap dalam masakan. Menambah aroma dan rasa sedap pada lauk pauk yang dihasilkan. Bunga kantan yang dah kembang, banyak kelopak.. sedap ditumis kering jadikan sambal bunga kantan.
Lagi nikmat, bila dimakan dengan nasi panas. Puan Azlin Aziz, berkongsi cara hasilkan sambal dengan kelopak bunga kantan.
Resepi Sambal Bunga Kantan, Guna Kelopaknya
Ambil bunga kantan yang dah kembang tu.
Buang bahagian hitam, rosak atau mana-mana bahagian yang tak elok.
Kopek satu persatu kelopak bunga kantan tu.
Akan jadi macam ini.
Rendam dalam air. Basuh dan toskan.
Bahan-bahan ini akan di kisar halus.
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan naik bau.
Masukkan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masak sehingga sambal jadi hampir kering.
Siap!
Makan dengan nasi panas-panas.. lagi enak!
Manfaat Pokok Bunga Kantan
Kredit foto : impiana.my
Pokok bunga kantan ini dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama untuk wanita yang baru bersalin.
Caranya; ambil beberapa bahagian batang pokok kantar segar. Potong pendek-pendek, tumbuk sampai lumat. Rebus bahan tadi sampai mendidih. Bila dah sejuk, rendam dalam air mandian.
Biji Pokok Kantan
Hilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya; tumbuk biji pokok kantan sampai lumat. Toskan untuk dapatkan airnya saja. Campurkan dalam segelas air suam. Minum waktu pagi. Amalkan untuk keberkesanan.
Bunga Kantan
Berkesan untuk awet muda pada wajah.
Caranya; bunga kantan jadikan ulam-ulaman. Boleh makan begitu saja (selepas dibersihkan) atau direbus.
Muffin coklat sudah biasa kita buat, apa kata kali ini cuba pula buat muffin pisang. Tak ada mesin pengadun @ mixer bukan masalah. Resipi muffin pisang ini boleh dimasak tanpa menggunakan mixer.
Sukatan bahan untuk resipi ini menggunakan sukatan metrik. Jika 1 sudu kecil, ia bermaksud 1 sudu kecil metrik. 1 cawan pula bersamaan dengan 150ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk menyukat pisang dan tepung gandum juga ya!
Resipi Muffin Pisang Masak Tak Perlu Guna Mixer
BAHAN-BAHAN:
1½ cawan pisang (dilecek)
3 biji telur
½ cawan gula perang
½ cawan gula putih
2 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
Chocolate chips
Elok Cantik Gebu
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian ayak dan ketepikan.
2. Dalam bekas bersesuaian, kacau gula, telur, esen vanilla dan ovalette hingga sekata.
3. Kemudian masukkan pisang dan minyak masak. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan bahan-bahan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
5. Sudukan bancuhan muffin ke dalam cawan kertas atau acuan. Taburkan chocolate chips dengan secukupnya.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-155C dan bakar muffin selama 20-24 minit (masa mungkin berlainan bergantung oven masing-masing)
7. Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan.
NOTA: 1 sk=1 sudu kecil metrik 1 cawan = 250ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk sukat pisang dan tepung gandum.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...