Masak Ikan Patin Ikut Resepi Asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap

Share

Macam-macam versi boleh dicuba untuk masak ikan patin. Ada yang buat asam pedas, lemak atau goreng. Yang paling famous tentulah tempoyak ikan patin.

Resepi tempoyak ikan patin ini pun bermacam versi juga. Tapi versi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar inilah resepi asli yang orang Temerloh biasa guna. Tak pakai bawang pun.

Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin dan daun kesum. Tapi percayalah.. hasilnya memang wallah.. sedap!

Syaratnya ikut langkah demi langkah yang diterangkan dalam gambar. Ada juga sesetengahnya yang memasukkan sedikit lengkuas. Terpulang..

Dan tentulah rasa herba itu akan bertambah. Apa pun dalam memasak ini, air tangan ibu yang penting. Walau macam mana ibu godek, jika ia dari air tangan ibu tentu anak mahupun suami menambah berpinggan-pinggan.

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang

Bahan-Bahan

1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula

Step Memasak

 

Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.

 

Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.

 

Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.

 

Memang ketagih hirup kuahnya.

 

Selamat mencuba uolss!

Sumber/Foto : Dapur LAZZ

Published by
Netty Ah Hiyer