
Isi Kandungan
ToggleMacam-macam versi boleh dicuba untuk masak ikan patin. Ada yang buat asam pedas, lemak atau goreng. Yang paling famous tentulah tempoyak ikan patin.
Resepi tempoyak ikan patin ini pun bermacam versi juga. Tapi versi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar inilah resepi asli yang orang Temerloh biasa guna. Tak pakai bawang pun.
Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin dan daun kesum. Tapi percayalah.. hasilnya memang wallah.. sedap!
Syaratnya ikut langkah demi langkah yang diterangkan dalam gambar. Ada juga sesetengahnya yang memasukkan sedikit lengkuas. Terpulang..
Dan tentulah rasa herba itu akan bertambah. Apa pun dalam memasak ini, air tangan ibu yang penting. Walau macam mana ibu godek, jika ia dari air tangan ibu tentu anak mahupun suami menambah berpinggan-pinggan.
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula
Step Memasak





Selamat mencuba uolss!
Sumber/Foto : Dapur LAZZ
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ria Ricis Jadi Mermaid Versi Muslimah, Kongsi Video Berenang Bersama Paus Hiu

Isi Kandungan
ToggleRia Ricis jadi mermaid versi muslimah, kongsi video berenang berenang bersama paus hiu. Pasti ramai yang mengikuti perkembangan personaliti media sosial ini. Bermula di Instagram kini dirinya antara ratu media sosial di Indonesia.
Mengumpul 33.9 juta pengikut di instagramnya, adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi ini dilihat bahagia bersama suami Teuku Ryan dan anak sulung mereka, Moana.
Ria Ricis Jadi Mermaid Versi Muslimah
Sering berkongsi pelbagai kisah di media sosial mereka, kali ini Ria Ricis membuat penampilan istimewa menjadi mermaid versi Muslimah. Dilihat tampil lengkap dengan tudung dan menutup aurat, dirinya membuat penampilan istimewa di Jakarta Aquarium baru-baru ini.
Ramai kagum dirinya mampu berenang tanpa menggunakan peralatan menyelam dan jelas Ria, dia sebenarnya sudah mulai menyelam sejak 2013 lagi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ria Ricis Bawa Anak 5 Bulan Naik Jet Ski Tanpa Jaket Keselamatan, Aksi Dikecam Hebat
Watak ‘Popeye’ Sebenarnya Memang Wujud, Kisah Romantis Olive & Popeye
Berdepan Detik Cemas Panik Tertelan Air, Alia Cabar Diri Nak Menyelam Di Dasar Laut Lagi!
Bahkan dirinya mempunyai lesen sebagai penyelam profesional sejak 2019 ketika tinggal di Batam dan dirinya memang suka menyelam.
Kongsi Video Berenang Bersama Paus Hiu
Membuat penampilan istimewa di Jakarta Akuarium yang dikongsi di instagramnya, jelas Ria di sebalik penampilan mermaid versi Muslimah ini, dirinya mengakui adakalanya tudung menutupi mukanya. Bahkan adakala dia alami kesukaran berenang di antara ikan dan ekor mermaid. Namun itu sama sekali tidak mematikan keseronokkannya berenang dan membuat love di hadapan suami dan anak serta penonton.
“Yang mikir jadi mermaid ga ada beban.. Salah.. Salah satunya beban crown copot. Harus dibenerin sama @mermaid_pia,” tulis Ricis di instastorinya.
Bahkan katanya, trik membuat gelembung love di dalam air juga adakalanya tidak menjadi selain pakaian dikenakannya adakalanya menutup mukanya.
Membuktikan dirinya mampu berenang, tidak hanya di akuariam besar, Ria turut berkongsi video dirinya menjadi mermaid berenang di lautan terbuka. Kali ini dilihat videonya di sisi paus hiu, ikan pari dan lain lagi. Dan dirinya terus tampil berhijab.
Melihat keseronokkan berenang, ada di antara pengikutnya yang bertanya berapa lama dirinya mampu bertahan tanpa membawa peralatan tangki oksigen. Ramai yang kagum dengan keberaniannya kerana tidak ramai wanita berenang menggunakan hijab sepenuhnya kerana ia dilihat boleh mengganggu pandangan ketika berenang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajal Terpisah Sesaat, Isteri Menggigil Lihat Video Suami Hampir Dihempap Lori Simen Terbabas

Ajal terpisah sesaat, isteri menggigil lihat video suami hampir dihempap lori simen terbabas. Tiada apa yang mendebarkan bagi seorang isteri apabila diberitakan mengalami kemalangan. Lebih lagi jika ia melibatkan kemalangan maut saat keluar mencari rezeki buat keluarga.
Namun selagi belum sampai ajal, setiap kejadian yang terjadi menjadi tanda syukur manusia kepada Allah SWT.
Dalam satu kemalangan semalam melibatkan lori simen terbabas di Alam Budiman, Seksyen U10 Shah Alam, seorang penunggang motosikal terselamat dan hanya mengalami bengkak dan calar sahaja di saat muatan tangki simen hampir menghempap tubuhnya.
Dalam video yang tular di media sosial berdurasi 14 saat itu, di saat lori simen itu mula terbabas, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Epit dilihat cuba menjauhi lori tangki berkenaan dan alhamdulillah, hanya belakang motosikalnya saja yang terkena.


Namun masa yang sama, walau suami terselamat dari kemalangan ini namun debar seorang isteri itu hanya Allah yang tahu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Kuatnya Doa Isteri, Selepas 2 Tahun Ini Yang Saharul Ridzwan Alami
Cantik, Manis & Ayu “Doakan Isteri Usop Dapat Pakai Tudung Dengan Sempurna”
Dari satu perkongsian di fbnya, Noor Nazrah menulis :-
“Allahuakhbar gigil satu badan dapat video ni. Nangis depan suami. Teresak-esak cakap Allah sayang kita. Allah bagi peluang pada kita. Allahuakhbar maafkan saya syg. Saya selalu buat salah pada awak, tulisnya sambil menambah penunggang motor yang hampir dihempap itu adalah suaminya.
“Alhamdulillah Allah Maha Baik Allah bagi peluang pd kami semua. Lemah semangat tengok video ni. Terus panas badan macam nak demam,” kongsinya.

Dalam pada itu, Noor Nazrah memaklumkan antara rutin suaminya jika sudah sampai ke tempat kerja akan memaklumkan kepadanya melalui WhatsApp. Tapi bila suami menelefon bukan pada waktunya, hatinya akui sangat berdebar tambahan pula rutin suaminya menunggang motosikal ke tempat kerja. Ini kerana berbagai kejadian boleh menimpa dalam perjalanan.
Alhamdulillah ala kulli hal…
“Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan.”
Setiap pagi kalau dah sampai Epit mesti wassap bgtau dah sampai. Tapi kalau dia call pada waktu yg septtnya die belum sampai opis, hati dah berdebar-debar.. mst ada sesuatu terjadi, debaran seorg isteri yg suaminya pergi balik kerja naik motor setiap hari..

Alhamdulillah syukur bila dengar suara suami sendiri yang bagitau dia eksiden, selamat dan cuma bengkak dan calar-calar. Allah Maha Besar kalau tengok keadaan tempat kejadian memang sangat gerun bila tengok lori terbalik mcmtu. Allah masih sayang kami semua , masih beri peluang pada Epit Epito sempat mengelak dari dilanggar lori yang terbabas tu.
Doakan semoga Epit cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan. Terima kasih keluarga dan kawan-kawan yang banyk membantu. Sesungguhnya saya mmg blur tadi…
Lokasi: Alam Budiman
Hargailah orang yang kita sayang, sebab cinta di dunia sekejap sangat sebenarnya. Terima kasih pada Allah bagi peluang untuk kami perbaiki diri.. Saya sayang awak Epit Epito
Dunia dan akhirat…
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
RISIKO KAHWIN LUAR NEGARA YANG PERLU WANITA FAHAMI.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Kesan Pecah Rumah, Masih Hilang Walaupun Disorok! Setahun DiBelenggu Misteri Duit Hilang

Isi Kandungan
Toggle“Tiada kesan pecah rumah, duit masih hilang walaupun disorok! Sudah setahun, empat kampung di Kelantan dibelenggu misteri duit hilang.
Bayangkan kejadian ini bukan pertama kali berlaku sebaliknya telah bertahun-tahun lamanya dan dalam masa setahun kebelakangan ini kejadian ini makin kerap berlaku dan merisaukan penduduk kampung.
Setahun DiBelenggu Misteri Duit Hilang
Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian, Kelantan, bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.
Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak secara berterusan.
Penduduk Kampung Parit Raja, Pulong, Chicha dan Kenali kerap kehilangan wang malah ada berjumlah ribuan ringgit lesap secara misteri.
Tiada Kesan Pecah Rumah
Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.
Kejadian terbaru dialami kakitangan kerajaan, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, pada petang Jumaat lalu apabila kehilangan RM500 yang disimpan di dalam beg tangannya.
“Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.
“Keesokan harinya apabila ingin menghulurkan wang kepada ibu bapa, saya terkejut kerana mendapati RM500 yang ingin diberikan itu hilang namun enggan bising kerana ini bukan kali pertama berlaku,” katanya.
Masih Hilang Walaupun Disorok!
Menurut Sudarwaty yang menetap di Kampung Pulong, kejadian seumpama itu sudah setahun dialami namun tidak diceritakan kepada sesiapa selain sanak saudara.
Namun beberapa hari lalu apabila mengetahui kejadian sama menimpa ramai individu lain menerusi satu kumpulan Whatsapp, dia agak terkejut.
Katanya, pelbagai ikhtiar sudah dibuat selain solat hajat termasuk melakukan beberapa tips yang diketahui iaitu jangan membiarkan wang kertas berkeadaan elok sebaliknya lipat atau biarkan ronyok dan apabila dipraktikkan, langkah itu dilihat menjadi.
“Bagaimanapun apabila terlupa membuat tips itu, memang duit akan hilang termasuk wang tabung anak dan walaupun ‘benda itu’ tidak mengambil semua wang tapi apa yang kami perhatikan, dia hanya ambil not RM20 ke atas,” katanya.
Bingung Dengan Misteri Duit Hilang
Di saat penduduk daripada tiga kampung lain itu masih bingung memikirkan misteri itu, komuniti Kampung Pulau Raja pula sudah lega apabila sudah tiada lagi kejadian seumpama itu sejak awal tahun lalu berikutan kawasan itu sudah ‘dipagar’.
Seorang penduduk kampung yang ingin dikenali sebagai Siti, 41, kejadian duit hilang sudah dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan pelbagai ikhtiar sudah dibuat sebelum seorang ustaz dirujuk dan memagari kawasan rumah kira-kira 20 penduduk yang kerap diganggu.
“Sebelum ini memang kami tidak senang duduk kerana kerap sangat hilang wang namun untuk mengaitkannya dengan perlakuan manusia tidak logik kerana tiada kesan, lebih-lebih lagi wang yang di dalam genggaman pun boleh ghaib tiba-tiba.
“Habis ikhtiar kami lakukan termasuk menyorokkan wang dalam peti ais dan menyelit dalam kitab al-Quran tapi ia tetap hilang dan salah satu tips yang dilihat agak menjadi ialah dengan mengepil dawai kokot di hujung helaian wang dengan alat pengokot (stapler).
“Kami juga banyak membuat ikhtiar lain iaitu solat hajat serta merujuk golongan agamawan dan Alhamdulillah selepas ‘dipagar kawasan’ oleh seorang ustaz awal tahun ini, kejadian itu sudah tiada,” katanya.
Baca Juga Di Sini :
Misteri Acap Hilang, Doktor Perjelas Kemungkinan Apa Yang Terjadi

‘Dengar Suara Memanggil..’ Misteri Gadis Hilang Seminggu Bergayut Pada Akar Pokok
Mingguan Wanita : Jika manusia yang melakukan perkara ini mungkin lebih mudah, laporkan kepada polis dan pesalah ditangkap. Namun pabila pesalahnya tidak dapat dilihat dengan mata kasar ianya menjadi sukar. Semoga misteri yang membelenggu penduduk di empat kampung ini dapat dirungkai secepat mungkin.
Sumber : myMetro
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI