durian-bakar-dalam-air-fryer

Resepi durian bakar dalam air fryer ini rare sungguh. Kongsi yang dah mencubanya, katanya rasanya macam lempuk durian.

Khatijah Einie berkongsi resepi dan cara membuat durian bakar menggunakan air fryer yang diperoleh dari facebook. Dan ada juga juga yang sudah mencubanya. Betullah seperti yang digambarkan rasanya itu.

Since ramai tanya, sedap ke tak? Betul ke sedap? Sedap tu subjektif. Sedap di tekak saya, belum tentu sedap di tekak awak. Taste buds kita lain-lain. Raikan sajalah ye cara setiap orang makan durian ni selagi durian ni tak menyebabkan kita bertukar menjadi raksasa.”

Kongsi Khatijah, “Terima kasih dekat sapa yang kongsi Durian Bakar kelmarin. Memang sedap weh! Rasa seakan-akan macam lempuk durian tapi versi takde gula. Sapa yang teringin makan lempuk durian tu bolehla buat gini. Sedap sedap sedap!

Ni saya guna durian kampung kawen isi kuning. Kalau guna durian kawen lain mesti lagi sedap. Korang wajib cuba kalau korang jenis suka mencuba sesuatu makanan yang baru. Cuba tau!

Baca sini : Buah betul-betul fresh, beli durian pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah.

Ads

Masak Durian Bakar Dalam Air Fryer, Rasa Macam Lempuk Tanpa Gula

Resepi Durian Bakar Dalam Air Fryer

Caranya,

  • Masukkan durian dalam air fryer
  • Bakar dalam air fryer pada suhu 200°c selama 10 minit.

Baca sini : Asingkan isi durian, sagat laju-laju dalam periuk kukus, senang, cepat siap

Ads

Selepas Masak Durian Dalam Air Fryer

Ada juga yang bimbang untuk bakar durian dalam air fryer. Takut ada meninggalkan kesan bau durian yang kuat. Susahlah nanti nak masak lauk pauk yang lain.

Selepas memasak, Khatijah letakkan roti dan cuka dalam air fryer itu untuk hilangkan bau. Kedua-dua bahan ini akan menyerap bau durian yang tertinggal.

Petua ini juga bagus dicuba jika mengalami masalah peti ais berbau.

Ads

Haa.. ini beberapa orang yang dah cuba dan berkongsi hasilnya.

Mingguan Wanita : Menarikkan teknik bakar durian ini. Siapa yang ada air fryer tu bolehlah cuba dan kongsilah dengan Mingguan Wanita hasilnya di ruangan komen ya.

Sumber/Foto : Khatijah Einie

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI