Minyak bawang putih ni kalau nak goreng sayur atau buat sup memang perghhh.. sedap melampau! Bawang putih goreng tu pula letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara nak buat mudah sangat, mak-mak boleh buat ikut resepi yang dikongsikan Puan Nur Hidayah Othman ini.
Kak dayah buat #garlicoil dengan #garlicflakes. Resepi kak dayah dapat dari kawan tempat keje. Cuma kak dayah olah sikit cara simpanan dia.
Ads
Dah banyak kali buat. Baru ni dapat share. Garlic oil ni sangat sedap. Boleh guna masa masak atau tabur atas mee sup ke mihun sup ke mee goreng, mihun goreng, nasi goreng.
Cara buat minyak bawang putih #bawangputihflakes :
1) Kopek bawang putih
2) Cincang halus atau kasar
3) Panaskan minyak
4) Goreng sehingga light brown terus tutup api
5) Tutup api dan tapis bawang putih.
Boleh disimpan secara asing minyak dengan bawang putih atau campur kedua-duanya. Kak dayah buat 2 jenis simpanan.
Ads
Kiub Cili Boh Dan Limau
Mak-mak, alang-alang dah cuti ni jom perosah dapur. Lagi pun nak puasa dah ni.
Kiub Bawang Besar
Kopek kopek. Basuh. Blend tak yah boh air. Sebab bawang besar ni dah banyak air.
Ads
Yang ini memudahkan nak masak. Balik kerja sampai rumah dah kol 6 terus boleh masak cara express.
Selain bawang mak-mak boleh buat lada, bawang, bawang putih, halia, serai, limau kasturi, dan tempoyak.
Kiub ni bantu mommies yang koje, yang small family, nak masak sikit, bujang-bujang pun elok tau.
Jom share sekiranya bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.
“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”
Bahan-Bahan:
100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)
*Boleh dibeli di kedai bakery
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
Cara Membuat:
1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.
Info Ekstra!
Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.
Diejek badan besar kereta kecil, lelaki kongsi anak muda jangan malu guna kereta kecil asal jimat banyak. Perkara pertama selalu kita fikirkan dalam hidup ialah TAKUT DENGAN PANDANGAN ORANG. Buat itu salah, buat ini salah sampai dalam membuat keputusan pun kita masih memerlukan pandangan orang.
Paling banyak buat keputusan salah ialah saat membeli kereta pertama yang mana biasanya kita berfikir, ala beli sekali saja. Apa salahnya beli yang lebih mahal, berjenama, bangga dipuji orang hinggakan akhirnya kita menanggung beban seumur hidup.
Diejek Badan Besar Kereta Kecil
Baca satu perkongsian dari Ahmad Nizar Azham mengeni betapa perlunya kita membuat keputusan tepat dalam hidup khususnya saat membeli kereta pertama. Tak salah pakai kereta kecil seperti Axia, asal tak berhutang keterlaluan. Lagipun bayaran bulanannya boleh tahan murah khsusnya bagi Axia E.
Khas buat anak muda.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dan lain-lain.
Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja. Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu. Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.
Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’ Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepas tu.
Lelaki Kongsi Anak Muda Jangan Malu Guna Kereta Kecil Asal Jimat Banyak
Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?
Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.
Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.
Fokus kumpulkan aset, bukan liability. Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis. Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri, memang gebu, guna sukatan cawan je senang.
Resepi Roti Boy
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-Bahan Nescafe (Topping):
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.
(Bahagian topping)
Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Mingguan Wanita:Menarik resipi Roti Boy ni. Memang semerbak bau kopi, rasanya pula lemak-lemak manis. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Sedap makan panas-panas, roti baru lepas dibakar.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...