Ketika negara diuji Covid-19, beberapa negeri diuji pula dengan musibah banjir. Mangsa banjir di beberapa daerah terbabit di Pahang ada yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Prihatin dengan musibah banjir yang melanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan turun padang.
Setia di sisi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut sama merasai kesukaran yang dirasai rakyatnya. Malah, Dua hari lalu, Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat ini memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Yang mana, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut. Mahu melihat sendiri keadaan mereka yang diuji musibah banjir di daerah Maran, Pahang.
Di sana Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.
Semalam, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang terkenal romantis ini, berkenan memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan.
Kelihatan juadah makanan yang disediakan dimasak dalam kuali kawah, bagi memenuhi keperluan rakyat diuji banjir yang berada di PPS.
Sudah menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan baju menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Resepi asal stew ayam, cara Raja Permaisuri Agong, rugi tak cuba.
Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Sebelum ini, Seri Paduka juga telah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.
Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Baginda turut berkenan menyantuni mereka yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dan PPS Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
MW : Tersentuh hati dengan kebaikan Agong dan Permaisuri Agong kita.
Sumber/Foto : Istana Negara
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita