Bila mak, ayah masing-masing mulai sakit dan tua, anak-anak kebiasaannya mula menjauh. Mulalah berkira-kira jadual menjaga mak, ayah yang mula meningkat usia.
Tak kiralah anak sulung ke, anak tengah ke atau anak bongsu, masing-masing harus memikul tanggungjawab menjaga mak, ayah yang merosot kesihatannya.
Sepatutnya ketika inilah anak-anak berebut menjaga mak, ayah. Bukannya pass orang tua macam bola. Tetapi setelah mak, ayah tiada, datang pula menuntut dan berebut harta. Jauhkanlah diri daripada bersikap begini.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin
Pesan kepada adik-beradik…
Bila sudah besar, sudah ada kerja, sudah ada pendapatan, sudah ada duit, cari harta sendiri… Beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dengan nama sendiri…
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung itu nanti… Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik-beradik bergaduh, bermasam muka…
Tak guna…
Kita ini sulung ke, kita ini lelaki ke, nanti bahagian kita lebih daripada adik- beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap… Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
Jangan…
Sebab nanti bila tak dapat, kita mulalah nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut… Walhal ketika "harta" itu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti… Tup, tup bila harta itu sudah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita…
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita… Yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa daripada mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan? Tetapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"…
Time sakit tak nak jaga, time sudah tiada datang menuntut pula…
Sumber:Firdaus Shakirin
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, ingatlah betapa besarnya jasa mak, ayah membesarkan kita selama ini. Ketika mereka sakit, jagalah dengan baik hingga akhir hayat mereka. Jangan direbut harta yang sedikit, gali dan carilah harta sendiri.