Masa PKP, Jika Masih Belum Ada Me Time, Wujudkan Sebelum Burnout!

Share

Apa itu ‘me time’? Ada ‘Me Time’ bermaksud masa yang digunakan oleh seseorang itu untuk berehat tanpa sebarang kerja untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Peluang ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan stress dan mengumpul tenaga baru.

‘Terkurung’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini masa paling sesuai untuk bersama keluarga. Tetapi jangan biarkan diri sibuk mengurus keluarga sehingga mengabaikan diri. Jika letih, berhentilah seketika. Rancang ‘me time’ sebelum diri terlebih letih.

Perkongsian Founder dan Master Trainer Minda Itqan, Nor Azlina Yusof ini amat sesuai dijadikan panduan buat wanita yang bekerjaya mahu pun suri rumah tangga.

Working At Home Mum (WAHM) dan Work From Home (WFH), dua kategori mak-mak yang berbeza.  Di sini saya kongsikan tip ‘me time’  yang boleh diguna oleh mak-mak  WAHM dan WFH waktu PKP ini.

Nor Azlina Yusof

Tip Buat Surirumah Sepenuh Masa/WAHM

  1. “Me time” mungkin telah ada kerana sudah dalam rutin yang sama, cuma kini cabarannya, anak-anak yang bersekolah pun 24 jam di rumah termasuk suami. Maka mak-mak kini perlu adjust allocation “me time”
  2. Jika belum ada “me time” sebelum PKP maka sekarang adalah masa terbaik untuk wujudkan. Minima “me time” 15 minit hingga 2 jam bergantung pada keadaan
  3. Tetapkan jadual terutama jadual masak/makan keluarga. Kemudian waktu WAHM dan waktu bantu anak buat kerja sekolah secara “online” dan waktu semua keluarga luangkan masa bersama
  4. “Me time” paling kurang 1 minggu sekali
  5. Bincang dengan pasangan untuk kompromi tentang “me time” masing-masing jika pasangan kena WFH.

Tip Buat Wanita Yang WFH

  1. Perlu maklumkan dan terangkan pada anak-anak situasi sekarang. Mak bukan bercuti cuma WFH jadi mak perlu “kerja” ikut waktu kerja biasa,
  2. “Me time” untuk mak WFH ini lebih kritikal kerana perlu adjust dengan environment baru. Masa fasa ke 2 PKP ini jika masih belum ada “me time” maka amat perlu wujudkan sebelum “burnout”
  3. Dicadangkan “me time” pada waktu sebelum subuh/awal pagi iaitu ketika biasanya mak-mak dalam kereta ke pejabat.
  4. Jadual masak mak WFH juga atur untuk 1 kali masak dan cover 3 kali makan, bergantung waktu WFH dan jumlah ahli keluarga
  5. Cari sudut spesifik untuk WFH dan boleh selit “me time” di sudut tersebut.

Semoga bermanfaat!

Baca sini juga:

google-notes-mudahkan-shopping-suami-masa-pkp-terasa-macam-isteri-teman-sebelah

isteri-sebenarnya-perlukan-masa-suaminya-bersama-berbual-bercerita

Published by
Julie Roshana