Ada benarnya masa mak ayah bersama anak-anak sehingga usia 13 tahun sahaja. Dalam tempoh masa ini, manfaatkanlah peluang untuk membentuk dan mendidik anak sebaik-baiknya. Sebelum mereka meningkat remaja dan dewasa serta mula mencatur kehidupan sendiri.
Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,
1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.
Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,
1. Marah anak.
2. ‘Pukul’ anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Artikel Menarik:Sebelum Anak Lelaki Jadi Remaja, PENTING Ajar 5 Perkara Ini
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,
1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.
Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.
Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.
Ini permulaan ibu ayah sekalian.
Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.
Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.
Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian.
Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.
1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.
Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.
Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Abdul Muiez Ruslee
Layan CK Membebel
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:10 Anak Hanya Belajar Di Rumah, Berjaya Masuk Universiti Seawal Usia 13 Tahun!
Baca Lagi Di Sini:Mak Ayah Jangan Biarkan Anak Dewasa Sebelum Waktunya, Hati-Hati Dengan Sindrom ‘Hurried-Child’
Mingguan Wanita: Setuju sangat masa mak ayah bersama-sama dengan anak sebenarnya hanyalah 13 tahun pertama. Rebutlah peluang dan manfaatkan lah sepenuh tempoh masa ini dalam membentuk dan mendidik mereka.
Sumber:Ustaz Abdul Muiez Mohammad Ruslee
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Tak perlu malu untuk mengaku anak ‘Speech Delay’