Kewangan

Masa Gaji Kecillah Kita Patut Simpan Duit, Auto Labur Solusi Ideal Urus Kewangan

Share

Duit tak pernah cukup pun! Nak belanja pun tersekat-sekat. Nak makan pun berkira sebab gaji kecil.   

Di sebalik merungut, kita masih mampu beli air viral setiap hari, pakai telefon berjenama buah epal namun kita merungut tentang gaji kecil. Sebabnya kita tertarik dengan lifestyle, tanpa menyedari pentingnya menyimpan walau hanya RM5 sehari.

Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1000 pun. Satu kenyataan yang menakutkan! 

Sebenarnya untuk membuat tabungan simpanan, kita tidak perlu menjadi pakar matematik atau pakar pelaburan pun tetapi sebaliknya hanya disiplin kuat selain tahu tempat menyimpan pelaburan berisiko rendah  seperti pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). 

Formula urus duit gaji setiap bulan 

Ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka perlu menyimpan jika mempunyai lebihan wang sahaja. Ini satu kenyataan tidak tepat! 

Sebenarnya, anda juga boleh menyimpan walau sedikit jika memahami konsep simpanan asas seperti formula uruskan gaji setiap bulan. 

Antara peraturan yang boleh dipertimbangkan adalah menyimpan 10 peratus daripada gaji. Lebih banyak, lebih baik.

Kalau tak 10 peratus pun dari gaji, bermulalah dengan RM5 sehari. Kalau dikira sebulan, tabungan kita sudah  mencecah RM150. Mudahkan. 

Tempat tabungan selamat dan ada pulangan pelaburan ialah ASB. Langkah kecil kita hari ini, untung di masa depan. 

Dengan melabur dan membuat simpanan dari usia awal,kita mampu membeli apa saja di masa hadapan

Kunci Kejayaan: Melabur Untuk Diri Sendiri 

Melabur dalam diri sendiri tidak memerlukan perubahan besar dalam gaya hidup. Ia boleh bermula dengan langkah kecil yang konsisten. Dengan melabur secara tetap, walaupun dengan jumlah yang kecil, anda sedang membina asas yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik.  

Ini adalah langkah pertama yang penting dalam mencapai kestabilan kewangan dan meraih kejayaan pada masa depan. 

Bila ada simpanan sendiri bermakna anda mampu merebut peluang di masa depan kerana duit sudah ada dalam simpanan berbanding orang yang baru hendak menabung atau tiada simpanan langsung. 

Manfaatkan Auto Labur di myASNB,  Solusi Ideal Untuk Simpanan Konsisten 

Apa itu AUTO LABUR?  Auto Labur ialah satu ciri pelaburan automatik melalui aplikasi myASNB.  

Auto Labur membolehkan anda mengatur simpanan pelaburan secara automatik setiap bulan mengikut bajet yang difikir paling ideal. Dengan ini, kita boleh memastikan pelaburan yang konsisten tanpa perlu risau  dan terlupa untuk menyimpan setiap bulan. Ini memudahkan kita untuk tetap berdisiplin dalam menyimpan dan melabur. 

Daftar Auto Labur, peluang tambah lagi simpanan percuma

Sehingga 31 Disember ini, anda berpeluang untuk dapatkan tambahan unit amanah percuma sehingga RM50 dengan mendaftar Auto Labur di myASNB. Terhadap kepada 500 pendaftar terawal setiap bulan. Dengan menyertai kempen ini, anda  akan dapat  memanfaatkan kelebihan pelaburan secara automatik dan memulakan langkah pertama ke arah masa depan kewangan yang lebih stabil. 

Mulakan simpanan konsisten sekarang! Muat turun aplikasi myASNB dan daftarkan Auto Labur. Tetapkan sendiri berapa jumlah bulanan yang ingin disimpan dan pembayaran akan dipotong secara automatik dari akaun bank . 

Boleh juga daftar Auto Labur untuk akaun anak atau pihak ketiga. Ini adalah cara terbaik untuk memastikan pelaburan korang sentiasa berada di landasan yang betul tanpa membebankan hidup korang pun. 

Peluang raih hadiah utama RM100,000 dengan Jom Simpan ASB 

Ingin menambah simpanan anda dan berpeluang memenangi hadiah utama RM100,000? Sertai kempen Jom Simpan ASB dan ikuti dua langkah mudah ini untuk peluang menang hadiah utama! 

Cara Penyertaan:-

  1. Mulakan dengan membuat simpanan sekurang-kurangnya RM300 dalam akaun ASB atau ASB 2 anda.
  2. Masukkan Kod Rujukan ‘JOMASB’ di myASNB. Lengkapkan penyertaan dengan mengisi borang di laman web ASNB  memasukkan kod rujukan ‘JOMASB’ melalui aplikasi myASNB.

Jangan Lepaskan Peluang Ini! 

Kempen berlangsung hingga 31 Januari 2025. Semua pemegang unit baru secara automatik kayak menyertai kempen ini. Muat turun aplikasi myASNB untuk simpan dengan lebih pantas dan sertai kempen Jom Simpan ASB

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros