Duit tak pernah cukup pun! Nak belanja pun tersekat-sekat. Nak makan pun berkira sebab gaji kecil.
Di sebalik merungut, kita masih mampu beli air viral setiap hari, pakai telefon berjenama buah epal namun kita merungut tentang gaji kecil. Sebabnya kita tertarik dengan lifestyle, tanpa menyedari pentingnya menyimpan walau hanya RM5 sehari.
Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1000 pun. Satu kenyataan yang menakutkan!
Sebenarnya untuk membuat tabungan simpanan, kita tidak perlu menjadi pakar matematik atau pakar pelaburan pun tetapi sebaliknya hanya disiplin kuat selain tahu tempat menyimpan pelaburan berisiko rendah seperti pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Formula urus duit gaji setiap bulan
Ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka perlu menyimpan jika mempunyai lebihan wang sahaja. Ini satu kenyataan tidak tepat!
Sebenarnya, anda juga boleh menyimpan walau sedikit jika memahami konsep simpanan asas seperti formula uruskan gaji setiap bulan.
Antara peraturan yang boleh dipertimbangkan adalah menyimpan 10 peratus daripada gaji. Lebih banyak, lebih baik.
Kalau tak 10 peratus pun dari gaji, bermulalah dengan RM5 sehari. Kalau dikira sebulan, tabungan kita sudah mencecah RM150. Mudahkan.
Tempat tabungan selamat dan ada pulangan pelaburan ialah ASB. Langkah kecil kita hari ini, untung di masa depan.
Ads
Dengan melabur dan membuat simpanan dari usia awal,kita mampu membeli apa saja di masa hadapan
Kunci Kejayaan: Melabur Untuk Diri Sendiri
Melabur dalam diri sendiri tidak memerlukan perubahan besar dalam gaya hidup. Ia boleh bermula dengan langkah kecil yang konsisten. Dengan melabur secara tetap, walaupun dengan jumlah yang kecil, anda sedang membina asas yang kukuh untuk masa depan yang lebih baik.
Ini adalah langkah pertama yang penting dalam mencapai kestabilan kewangan dan meraih kejayaan pada masa depan.
Bila ada simpanan sendiri bermakna anda mampu merebut peluang di masa depan kerana duit sudah ada dalam simpanan berbanding orang yang baru hendak menabung atau tiada simpanan langsung.
Manfaatkan Auto Labur di myASNB, Solusi Ideal Untuk Simpanan Konsisten
Apa itu AUTO LABUR? Auto Labur ialah satu ciri pelaburan automatik melalui aplikasi myASNB.
Ads
Auto Labur membolehkan anda mengatur simpanan pelaburan secara automatik setiap bulan mengikut bajet yang difikir paling ideal. Dengan ini, kita boleh memastikan pelaburan yang konsisten tanpa perlu risau dan terlupa untuk menyimpan setiap bulan. Ini memudahkan kita untuk tetap berdisiplin dalam menyimpan dan melabur.
Daftar Auto Labur, peluang tambah lagi simpanan percuma
Sehingga 31 Disember ini, anda berpeluang untuk dapatkan tambahan unit amanah percuma sehingga RM50 dengan mendaftar Auto Labur di myASNB. Terhadap kepada 500 pendaftar terawal setiap bulan. Dengan menyertai kempen ini, anda akan dapat memanfaatkan kelebihan pelaburan secara automatik dan memulakan langkah pertama ke arah masa depan kewangan yang lebih stabil.
Mulakan simpanan konsisten sekarang! Muat turun aplikasi myASNB dan daftarkan Auto Labur. Tetapkan sendiri berapa jumlah bulanan yang ingin disimpan dan pembayaran akan dipotong secara automatik dari akaun bank .
Boleh juga daftar Auto Labur untuk akaun anak atau pihak ketiga. Ini adalah cara terbaik untuk memastikan pelaburan korang sentiasa berada di landasan yang betul tanpa membebankan hidup korang pun.
Peluang raih hadiah utama RM100,000 dengan Jom Simpan ASB
Ads
Ingin menambah simpanan anda dan berpeluang memenangi hadiah utama RM100,000? Sertai kempen Jom Simpan ASB dan ikuti dua langkah mudah ini untuk peluang menang hadiah utama!
Cara Penyertaan:-
Mulakan dengan membuat simpanan sekurang-kurangnya RM300 dalam akaun ASB atau ASB 2 anda.
Masukkan Kod Rujukan ‘JOMASB’ di myASNB. Lengkapkan penyertaan dengan mengisi borang di laman web ASNB memasukkan kod rujukan ‘JOMASB’ melalui aplikasi myASNB.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Kempen berlangsung hingga 31 Januari 2025. Semua pemegang unit baru secara automatik kayak menyertai kempen ini. Muat turun aplikasi myASNB untuk simpan dengan lebih pantas dan sertai kempen Jom Simpan ASB!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dakwa Pertahankan Diri, Isteri Ketiga Cederakan Madu, Isteri Keempat Guna Parang! Bukan mudah untuk hidup harmoni apabila memilih kehidupan bermadu dalam perkahwinan.Persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan oleh semua pihak.
Wanita Cederakan Madu
Seorang penternak kambing yang juga isteri ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan mencederakan seorang wanita yang juga madunya.
Tertuduh, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Ruslan, 36, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Menggunakan Parang
Berdasarkan pertuduhan, pada 15 Oktober lalu kira-kira pukul 4.30 petang, di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol, tertuduh telah dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa yang merupakan isteri keempat, berusia 41 tahun dengan menggunakan parang.
Oleh itu tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan akta yang sama dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Muhammad Amirul dalam pendakwaannya memohon satu tarikh perbicaraan dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mempertahankan Diri
Menurutnya, tertuduh dan mangsa bermadu serta difahamkan tertuduh merupakan isteri ketiga dan mangsa, isteri keempat.
Che Ruslyzay Shawaratuaini dalam rayuan jaminannya memberitahu, dia hanya mempertahankan dirinya ketika kejadian.
Norma kemudiannya menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes denga wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mingguan Wanita: Semoga segala urusan dipermudahkan. Apabila memilih kehidupan ‘bermadu’, persefahaman, tolak ansur dan kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan.
Pelbagai penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam selepas pencerobohannya di Palestin. Terbaru pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.Namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar, menurut Middle East Monitor, memetik laporan akhbar Al-Quds Al-Arabi.
Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.
Masjid Bersejarah
Masjid berkenaan adalah antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed, yang terletak di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.
Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.
“Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.
“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi),” kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.
Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.
Tunggu Keputusan Mahkamah
Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.
Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.
Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.— Agensi
MW: Janji Allah itu pasti.Semoga rejim zionis mendapat pembalasannnya suatu hari nanti dan kegemilangan Islam akan kembali.
Sungguh tak pernah terpikir seluar dalam yang dipakai dan seharusnya ditukar setiap hari untuk pastikan kebersihannya tidak lagi perlu dibasuh!
Inovasi terkini, sebuah syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), HercLéon mendakwa berjaya mencipta seluar dalam menggunakan fabrik bebas kuman yang tidak perlu dibasuh berhari-hari, berminggu-minggu mahupun berbulan-bulan tanpa berbau busuk, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Seluar Dalam HercLéon Kribi
Syarikat itu dipercayai sedang giat mempromosikan koleksi seluar dalam ‘Kribi’ yang menggunakan material yang biasa ditemui pada produk seperti cadar dan stoking.
“Kami percaya masa depan pakaian adalah bebas basuhan atau dalam erti kata lain tidak perlu dibasuh menggunakan air dan sabun.
“Kami mahu mengajak manusia ke arah cara hidup lebih bersih, mesra ekologi dan menjimatkan masa,” kata satu kenyataan di laman web rasmi syarikat itu.
Guna HercFiber
Fabrik antikuman itu digelar HercFiber dan dibuat daripada campuran buluh, pokok kayu putih, pokok beech dan tembaga.
Menurut pembuat fabrik itu, campuran bahan anti-bakteria membolehkan seluar dalam Kribi dipakai selama beberapa hari dan hanya perlu dikibas ke udara untuk membersihkannya.
“Seluar dalam kami sesuai untuk semua aktiviti seharian dan membantu menjimatkan sesi basuh pakaian,” syarikat itu.