bersalin ceaserean

Bukan senang mak-mak nak bersalin, apa lagi kalau ditakdirkan kena bedah a.k.a ceaserean. Semangat luar dan dalam kena tinggi, tak boleh nak layan kata-kata orang sangat.

Jadi kali ini mak-mak boleh buat persediaan mental dan fizikal dari awal sebab kita pun tak tahu dapat bersalin secara normal atau bedah. Dan kali ini anda boleh ‘cedok’ beberapa tip  daripada Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama, Puan Siti Aishah, ini pengalamannya sendiri.

Persediaan Mental Dan Fizikal Sebelum Ceaserean

Persediaan Sebelum Dibedah

1. Rancang bantuan selepas bersalin

Pastikan kita sedar bahawa selepas dibedah, 2 minggu kita hanya mampu uruskan diri dan bayi sahaja. Oleh itu pastikan ada helper yang akan bantu kita uruskan hal anak-anak yang lain, kemaskan rumah dan bantu suami uruskan hal rumahtangga. Lagi elok lajak sebulan. Lagi cun teruskan 44 hari kalau mampu.

2. Seluar Dalam

Jangan berangan nak beli yang G string. Beropol. La senza bagai. Pakai je spenda mak-mak. Yang tinggi sampai pusat. Dan jangan ketat-ketat. At least lepas 2 minggu baru pakai yang ketat-ketat.

3. Seluar/skirt

Pakai je seluar dan skirt mengandung aritu. Yang penting selesa untuk luka pembedahan.

4. Bengkung

Pakai strap on untuk 2 minggu pertama. Lepas tu baru pakai bengkung kain.

5. Pakej pantang

Book pakej pantang tanpa sauna. Kadang-kadang bidan sebut tangas tapi dia buat sauna. Tanya betul-betul. Jangan dah buat rawatan baru menyesal. Nnti kak ive highlight apa rawatan yang tak boleh dibuat pada ibu bersalin czer.

6. Makanan pantang

Kalau di hospital kerajaan, mereka akan hidangkan semua jenis makanan. Bagi mereka tiada istilah pantang (meskipun dah banyak kes ibu bentan dalam pantang mereka tak boleh explain dan asyik kata ibu overthink.) So lauk tu bekukan. Suami bawak setiap hari lauk yang dah dipanaskan. Masak siap-siap untuk 2 minggu.

IKLAN

7. Jamban duduk

Kalau pantang balik kampung takde jamban duduk, beli portable toilet untuk orang sakit tu. Jangan cangkung. Tertarik urat dan otot luka tu kang.

Perancangan Ketika Bersalin

1. Ketahui bagaimana prosedur bersalin pembedahan

Banyakkan membaca dan rajin-rajinlah bertanya gynae korang macam mana prosesur pembedahan.

Ketahui jenis bius yang akan digunakan. Selalunya ibu akan dibius separuh badan. Tetapi jika ada komplikasi, ibu akan ditidurkan untuk mengurangkan risiko ibu.

Bila pakar akan masukkan tiub air kencing. Yang part ni kak ice very particular. Memang akan request doktor untuk masukkan selepas badan dibius. Sebab masa anak pertama, disebabkan emergency czer diorang masukkan sebelum dibius. Rasa nak sepak je MO masa tu. Bagi kak ice ia lebih sakit dari sakit czer tau.

Masa epidural… memang seram.

Selalunya kak ice request nak pegang tangan mana-mana nurse yang ada. Aritu tak ada nurse pompuan, tangan nurse laki jugak aku sauk. Sebab dah takut sangat-sangat. Nasib nurse tu rilek je. Masa ni kita kena tenang. Kena hilangkan rasa takut. Badan tak boleh dikeraskan. Kena fikir positif. Kena fikir… kalau kita tak bagi kerjasama, nanti bius tak jalan. Korang nak ke kena lapah hidup-hidup?. Bagi kak ice lebih baik jadi berani dari sakit kemudian hari.

Kemudian korang akan rasa tapak kaki korang panas sampai ke pinggang. Dengan keadaan dewan bedah yang sejuk gila, at least “kepanasan” itu sedikit sebanyak menenangkan. Hakikatnya itulah namanya dibius. Dah kebas. Tak rasa separuh badan.

Elakkan tengok lampu kat atas kepala korang. Sebab lampu tu macam cermin. Kita boleh nampak apa doktor buat dari pantulan cermin lampu tu. Takyah lah curious sangat macam Conan nak selidik apa doktor dok buat sebelah tirai sana. Jangan overthink. Masa kak ice czer tak ditemani suami, ada doktor bius lepak tepi kak ice sembang-sembang. Tapi masa suami ada lagi mengada rasanya.

IKLAN

Jangan Banyak Fikir

Masa proses pembedahan, takyah overthink untuk elakkan heart beat laju atau blood pressure naik mendadak. Fikir baby kita tengah tunggu dikeluarkan. Sepanjang kak ice dibedah aritu..kak ice minta suami mengaji. Segala surah sampai doa qunut dia baca. Kak ice pegang tangan dia. Tengok je la muka dia. Tapi tak mau cakap banyak-banyak sebab kang boleh jadi gaduh ngan dia. Takut doktor tikam kitorang berdua lak.

Yes. Korang akan rasa setiap lorekkan atas kulit korang. Tapi tak sakit. Rasa macam doktor tu lorek-lorek pakai jari je. And masa dia nak kuarkan baby tu doktor akan goyang-goyangkan perut (so badan pun akan bergoyang). And doktor even akan push baby dari hulu hati turun ke bawah. So guard yourself. Tak yah cuak. Just rileks. Diorang tengah nak keluarkan permata hati korang tu.

And baby pun keluar… Masa ni doktor akan suruh korang declare jantina baby korang. Dapatlah tengok muka baby. Boleh minta skin to skin kalau nak. Ada hospital bagi bf terus. Terpulang pada doktor in charge.

Kemudian bermulalah episod jahit menjahit. Lama dowh… so bersabar. Dan banyak-banyak ucap alhamdulillah. Sebab baby dah selamat dilahirkan. Kita pun masih bernafas tanpa komplikasi.

Masa ni kalau korang kena ikat (BTL), doktor akan buat. Doktor kak ice masa bersalin aritu excited cakap rahim elok lagi. Boleh try lagi sorang. Boleh pulak kitorang laki bini mengiyakan. Bila dah habis bius, dah rasa azab sakit terus nyesal napelah aku tak ikat tadi..adoiyaiii.

Ok so… inilah sedikit sebanyak info apa yang akan berlaku sepanjang pembedahan bersalin. Dari 4 kali pengalaman dibedah.

Serah Pada Allah

Takut?

Of course.

Tapi kak ice sentiasa pegang 1 je.

IKLAN

Everytime i knew i am pregnant… i will preparing myself for death. Bersalin ni 50-50. Apatah lagi pembedahan.

So kematian tu pasti. Tetapi kita tak tahu bila. Dan bagaimana. But i hope kalau i mati sebaiknya mendapat syahid. Tak syahid besar..syahid kecilpun jadilah. At least diambil Allah masa bersalin pun dah besar rahmat kan. So kita siapkan sebaik-baik bekal menghadap Allah. Insyallah hilanglah rasa takut tu.

Then, masa prosedur pembedahan dijalankan, ALWAYS POSITIVE!. Sebab tak nak heart rate tiba-tiba naik. Blood pressure tiba-tiba mencanak. Tak nak ada apa-apa komplikasi. So dont overthink.

Fikir macam ni je.

Benda kat dunia ni SEMUANYA Allah dah aturkan. Kita ni jalankan aje. Ada benda kita tak mampu elak. So kita kena hadap demi Allah.

Tawakkal.

Itu sebaik-baiknya.

Amalan Kak Ice sepanjang prosedur pembedahan ialah selawat tafrijiyah. Ini memang pegangan dan amalan sejak dahulu. Sape rajin boleh google baca maksud terjemahannya.

Istighfar banyak-banyak. Mohon Allah ampunkan dosa kita.

Dan yang penting kena selalu ingat.

Kita dibedah untuk melahirkan anak kita.
Itu adalah tanggungjawab kita.
So kita kena kuat.
Kita kena sihat demi anak yang akan dilahirkan.

Jadi ibu kena kuat. Siapa yang akan bersalin secara pembedahan nanti… Kak ice doakan korang selamat dan dipermudahkan urusan bersalin.

Dont overthink
Whatever will be will be.
The future not us to see

Jangan takut.
Jangan gentar.
Allah ada!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI