Masa depan anak-anak dipertaruh, jumlah guru bersara awal meningkat luar biasa. Kini timbul isu terbaharu yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan mengenai trend persaraan awal dalam kalangan guru yang dilihat hampir menyamai kadar guru bersara wajib.
Antara faktor ramai guru memilih untuk bersara awal kerana bebanan kerja sampingan terlalu banyak sehingga menyebabkan mereka hilang fokus untuk melaksanakan tugas hakiki iaitu mendidik anak bangsa.
Sedar atau tidak, lambakan tugas telah menyebabkan ramai guru terasa terbeban dengan tanggungjawab yang perlu digalas dan tidak kurang juga yang terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kerana mengalami masalah psikologi berhubungan perkara itu.
Bukan itu saja kemungkinan juga lambakan tugas menyebabkan ada segelintir guru terutama wanita juga begitu terkesan. Mana tidaknya, bukan sekadar bekerja pada waktu pejabat malah mereka dibebani kerja-kerja tambahan yang tidak pernah surut.
Sebagai isteri dan ibu mereka juga perlu memberi perhatian kepada keluarga dan anak-anak tercinta. Satu perkara yang tidak sihat jika seorang ibu terpaksa pinggirkan keluarga sendiri kerana masalah kerja yang tidak ada penghujung.
Bukan itu saja, malah trend bersara awal di kalangan guru juga akan mempertaruhkan masa depan anak-anak kita.
Merungkai isu ini Dr Anuar Ahmad melalui satu hantaran di laman Facebooknya, menyatakan kebimbangan jika bilangan guru semakin merosot.
“NUTP maklumkan lebih 10,000 guru telah mohon untuk bersara awal. Menurut NUTP lagi angka ini hampir sama banyak dengan guru bersara wajib.
“Maksudnya, lebih 20,000 orang guru tamat perkhidmatan setiap tahun samada bersara awal atau bersara wajib.
“Ambilan guru baru setiap tahun tidaklah seramai guru-guru yang tamat perkhidmatan.
“Lama kelamaan jika tidak diuruskan, akan berlaku kemerosotan bilangan guru dalam perkhidmatan di sekolah .
“Sekarang pun kelas sudah padat dengan murid akibat kekurangan guru, bayangkan bila bilangan guru semakin merosot nanti,” kongsi Dr Anuar.
Perkongsian dari Dr Anuar mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Malah ada yang menyatakan masih cintakan dunia pendidikan.
Menarik Lagi : ‘Penat Sama-Sama, Rehat Sama-Sama’ Tak Perlu Ada Sesiapa ‘Terkorban’ Dalam Pengurusan Rumahtangga!
Tersilap Hantar Anak Kumpulan A, Guru Temankan Murid Sampai Ibunya Datang
Ikhlaskan Hati Murnikan Peribadi, Guru Ini Hadapi Cabaran Mendatang Dengan Tenang
Mingguan Wanita : Masa depan anak-anak bangsa sangat penting.
Sumber : Facebook Anuar Ahmad
Sumber Foto: Facebook Dr Radzi Jidin
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita