Bukan tak boleh langsung pegang gajet, tetapi biarlah berpada dan ada waktunya. Bawa anak keluar jalan-jalan dan makan di luar, tetapi mak ayah sibuk ambil gambar anak scroll ‘berita terbaru’ di media sosial guna phone. Allah… tak rasa ralat ke?
Macam dah tak ada masa lain nak sibukkan diri ya. Kadang baru balik kerja pun, terus ‘bercinta’ dengan gajetnya dulu. Isyh, kasihan lah anak-anak! Haaa… nak jentik sikit mak ayah kali ini, jemput baca perkongsian saudara Amir Syahir…
Masa Dengan Anak-anak
Anak biasanya lebih rapat dengan ibu berbanding ayah. Sebab selalunya ibu lebih punya banyak masa dengan anak berbanding ayah. Tapi, sesibuk manapun kau bekerja, jangan lupa cari masa untuk anak.
Memang kau kerja sebab nak cari duit untuk anak isteri kan. Tapi, tak guna juga kau punya banyak duit tapi kau jauh dengan anak. Anak bila tengok kau pun menangis. Kau nak ke macam tu?
Anak dekat dan rapat dengan kita sampai umur 12 tahun je biasanya. Dah masuk sekolah menengah, lepastu tinggal di asrama, biasanya diorang akan lebih rapat dengan kawan-kawan.
Masa tu kau tanya dia sepatah dia pun jawab sepatah lah. Dah kau ajar dan tak layan dia masa kecil dengan baik. Kau jangan marahkan dia jika dia bersikap kurang ajar masa tu. Kau yang selalu mematahkan semangat ingin tahu dia.
Jangan biarkan dorang membesar tanpa ada kenangan indah bersama kau.
Waktu Hujung Minggu
Hari minggu bawalah keluarga kau jalan-jalan. Berkelah di tepi pantai atau lepak dekat air terjun ke. Luang masa berkualiti dengan keluarga. Dah hari bekerja kau sibuk je manjang. Hari minggu, utamakan keluarga.
Kalau anak suka menyanyi, luangkan masa dengan dorang kat rumah nyanyi sama-sama. Kalau anak suka jalan-jalan tepi pantai, bawak la dorang jalan-jalan tepi pantai. Boleh main bina istana pasir ke.
Takpun, kau ajak anak kau berkebun belakang rumah, ajak basuh kereta sama-sama. Memang suka la dorang main air tu. Ada juga kenangan kau dengan dorang nanti.
Masa makan, biar makan sama-sama. Masa tu kau nak tanya aktiviti dorang di sekolah. Bantu dorang buat kerja sekolah. Jangan asyik duk layan drama ngarut je.
Jangan Hadap Phone
Tetapi ingat , masa kau luangkan masa dengan keluarga, jangan pegang telefon pintar kau tu. Simpan sekejap. Off semua gajet. Kalau kau keluar dengan dorang tapi mata masih kepada telefon pintar, tu bukannya bonding time namanya.
Telefon pintar telah ambil masa kau. Janganlah biarkan telefon pintar ambil masa kau dengan keluarga kau. Sampai bila tak habis kalau kau nak melayan kawan-kawan kat media sosial tu. Kalau sakit demam, anak isteri juga yang kau cari.
Hargailah isteri dan anak-anak kau selagi mereka masih setia di sisi. Jangan bila mereka pergi, baru kau menyesali. Pada saat dan ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Kah!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI