“Masa bertunang pun dah pandai naik tangan, elok tinggalkan terus lelaki itu” setuju sangat dengan pendapat ini.
Kaum wanita berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap kasar terhadap pasangan.
Jika sewaktu bercinta pandai naik tangan apatah lagi bila sudah berkahwin jangan sampai kena jadi punching bag pula.
Jangan sesekali memilih berkahwin dengan lelaki yang suka naik tangan ya!
Menerusi perkongsian sebuah komen di laman sosial tentang kes keganasan rumah tangga, guru popular Mohd Fadli Salleh telah memberikan pesanan yang cukup berguna buat kaum wanita di luar sana.
Cikgu Mohd Fadli menegaskan jika sewaktu berkawan dan bertunang pun pasangan anda sudah pandai pukul baik tinggalkan saja.
Ini kerana jika sudah melangkah ke alam perkahwinan lagi banyak dugaan yang akan dilalui.
Lelaki sifatnya sebagai pelindung kepada wanita yang bersifat lemah. Malah Islam juga melarang lelaki daripada bertindak kasar terhadap wanita.
“Buat adik-adik perempuan sekalian, tak kira lah penyanyi ke, buruh kasar ke, lawyer ke, pilot ke, cikgu ke, kerani ke, kalau masa korang couple mereka dapat tahu mereka jenis panas baran, pernah pukul walau baru bertunang, tinggalkan dia.
“Bila dah kawin jadi punching bag saja. Ada gaduh sikit, terus naik kaki, naik tangan. Confirm.
“Dan buat kaum lelaki, sekuat mana pun kalian, sehandal mana ilmu tomoi, ilmu silat, ilmu karate, sepanas baran mana pun korang, sesamseng mana pun kalian, jangan sesekali ajar naik tangan pada awek/tunang/isteri kalian walau saat itu marah yang amat.
“Sekali kalian ajar naik tangan, akan jadi tabiat sampai tua. Asal gaduh naik tangan.
“Dan percayalah, alam rumahtangga ni penuh dengan gaduh-baik-gaduh-baik, rajuk-pujuk-rajuk-pujuk.
“Gitulah kitaran sementara nak tunggu mati. Jadi pastikan pasangan kita bukan jenis suka pukul walau dia marah, dan kaum lelaki kalau marah sangat keluarlah rumah.
“Pergi sepak batang pisang ke, ajak Khabib bertumbuk ke, asal jangan pukul pasangan,” pesan Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Malah pesanan dari Cikgu Mohd Fadli juga mendapat respons daripada netizen. Mereka bersetuju agar janganlah lakukan keganasan terhadap wanita.
Sebagai wanita juga anda perlu berani mempertahankan diri jika dipukul oleh lelaki.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menerusi sebuah laporan akhbar, menyatakan kebanyakkan kes keganasan rumah tangga berpunca daripada desakan ekonomi dan tekanan hidup sehingga ada yang bertindak mencederakan pasangan atau ahli keluarga.
Mingguan Wanita : Wanita kena berani kerana benar dan jangan tunjuk lemah pada kaum lelaki.
Sumber Foto: Facebook Cikgu Fadli Salleh & Instagram Shazabae
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita