Kekeluargaan

Masa Bersantai Kembali! Family Fun Suite Ini Tawar Keseronokan Seisi Keluarga!

Share

Musim cuti persekolahan tiba lagi. Kali ini, jangan lepaskan peluang untuk bersantai bersama anak-anak sambil meluangkan masa untuk mencipta memori indah bersama seisi keluarga.

Jika anda mencari destinasi percutian yang menggabungkan kemewahan, keseronokan, dan keselesaan untuk seisi keluarga, Sunway Resort Hotel adalah pilihan yang tepat.

Terletak di tengah-tengah Sunway City, hotel ini menawarkan pelbagai keistimewaan yang menjadikannya destinasi percutian yang sempurna, sama ada untuk beristirehat atau berseronok dengan pelbagai aktiviti menarik.

Salah satu daya tarikan utama Sunway Resort Hotel adalah lokasinya yang amat strategik. Terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan seperti Sunway Lagoon, pusat beli-belah Sunway Pyramid, dan pelbagai restoran serta hiburan malam, hotel ini memberi kemudahan untuk tetamu menikmati semua yang ditawarkan di Sunway City tanpa perlu pergi jauh. Dengan akses mudah ke pusat-pusat tarikan ini, Sunway Resort Hotel memastikan percutian anda dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Penulis berkesempatan menginap di Sunway Resort Hotel bersama keluarga dan merasai sendiri keunikan percutian dalam bandar yang ditawarkan di sini. Usai urusan check in yang disambut mesra oleh kakitangan hotel yang mesra, penulis seisi keluarga diberi peluang menginap di Family Fun Suite.

Namanya sahaja sudah menggambarkan keseronokan untuk bercuti seisi keluarga. Apatah lagi ia dilengkapi dengan pelbagai aktiviti, termasuk karaoke dan konsol permainan di skrin besar! Bayangkan bila anak-anak melihat konsol permainan playstation, tak berganjak dari ruang permainan yang selesa untuk mencuba pelbagai permainan yang terdapat di dalamnya!

Penginapan di Family Fun Suite bukan sahaja menawarkan keselesaan untuk seisi keluarga, malah ia turut mempunyai pemandangan Sunway City yang menakjubkan iaitu suite mengadap kolam renang dan Sunway Lagoon yang menawarkan pelbagai keseronokan khusus untuk seisi keluarga.

Puas berhibur di suite penuh keseronokan, soal menjamu selera juga sesuatu yang perlu dicuba di sekitar Sunway Resort Hotel. Untuk makan malam di hari pertama penginapan kami, kami melangkah ke Black Tap Craft Burgers & Shakes. Black Tap Craft Burgers & Shakes bukan sekadar restoran burger biasa – ia adalah destinasi kulinari yang membawa pengalaman makan burger dan milkshake ke tahap yang lebih tinggi.

Restoran yang terkenal dengan sentuhan kreatif dalam setiap hidangan ini menawarkan pelbagai menu yang pasti memuaskan selera penggemar makanan dan pencinta burger dari pelbagai lapisan.

Selain itu, Sunway Resort Hotel turut mempunyai beberapa outlet F&B antaranya termasuklah Sunset Terrace yang menjadi tumpuan untuk hidangan lokal dan antarabangsa. Deteran pelbagai hidangan menyelerakan pastinya membuka selera untuk hidangan sarapan pagi.

Sememangnya Sunway Resort Hotel tidak mengecewakan dari segi pengalaman gastronomi. Dengan pelbagai pilihan tempat makan dari restoran bertaraf antarabangsa hingga kafe tempatan yang menyajikan masakan Malaysia, setiap hidangan di hotel ini pasti memuaskan selera tetamu.

Makan-Makan

Sama ada anda mencari sarapan pagi yang lazat, makan tengah hari yang cepat, atau makan malam mewah, semuanya tersedia dengan pilihan yang pelbagai.

mencuba hidangan pizza di Gordon Ramsay Street Pizza yang terletak di Sunway Pyramid

Selain itu, jika anda menginap di Executive Floor  Sunway Resort Hotel, antara lokasi yang menjadi pilihan untuk bersantai ialah di Premium Leisure Lounge yang terletak bersebelahan kolam renang. Pelbagai hidangan finger foods tersedia untuk para tetamu yang ingin bersantai di waktu petang sambil menikmati pemandangan kolam renang dan Sunway Lagoon Resort yang kaya dengan pelbagai aktiviti.

Inspirasi Untuk Kanak-Kanak

Tetamu cilik akan terinspirasi, dididik, dan dihiburkan di kelab kanak-kanak Wonderland Explorers yang membawa konsep “pembelajaran seronok” ke tahap yang lebih tinggi. Wonderland Explorers telah bekerjasama dengan Jeffrey Sachs Center On Sustainable Development untuk mempamerkan kepentingan kelestarian alam sekitar, serta  Science Bridge Academy

untuk menginspirasi minat anak-anak terhadap sains dan memperkenalkan mereka kepada impak aplikasi saintifik dalam kehidupan seharian.

Di Wonderland Explorers, pelbagai program interaktif dan menyeronokkan telah dirangka, termasuk aktiviti bermain peranan, sudut tenang, dan bilik teknologi.Ia juga menyediakan ladang bandar di atas bumbung, di mana kanak-kanak boleh belajar tentang pemakanan sihat, pengurusan sisa makanan, pengurusan air, dan kompos! Menarik, bukan!

Secara keseluruhannya, Sunway Resort Hotel menawarkan pengalaman percutian yang lengkap. Daripada lokasi yang strategik, penginapan yang selesa, aktiviti hiburan menarik, hingga perkhidmatan pelanggan yang mesra, semuanya dirancang untuk memberi keseronokan dan kemudahan kepada tetamu.

Sama ada anda bercuti bersama keluarga, pasangan, atau rakan-rakan, Sunway Resort Hotel adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk percutian yang penuh dengan kenangan manis.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Rosmah Idayu