Bulan Ramadan merupakan antara bulan yang sibuk, namun sering dinantikan-nantikan bagi wanita yang berkeluarga. Biarpun sibuk dengan pelbagai komitmen kerja di pejabat mahupun menguruskan rumah tangga, namun peluang memasak di bulan Ramadan sering diutamakan.
Bukan apa, waktu inilah mak-mak akan bertungkus lumus berusaha menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak, suami dan keluarga tersayang. Bermula dari menyiapkan hidangan waktu sahur, menyediakan sajian istimewa untuk berbuka puasa sehinggalah menu ringkas untuk moreh. Di samping turut membuat pelbagai jenis biskut, kek dan kuih muih sendiri untuk persiapan raya nanti.
Kebiasaannya pada bulan Ramadan inilah mak-mak akan lebih ‘bersemangat’ dan kreatif untuk mencuba pelbagai resipi-resepi baru mahupun memasak resipi tradisi keluarga bagi memenuhi citarasa anak-anak dan suami di bulan yang mulia.
Biarpun seharian puasa, apabila melihat keluarga gembira dan berselera menikmati hidangan yang disediakan, letih memasak pun tidak terasa malah berasa puas dan tersenyum gembira.
Oleh yang demikian, dalam menyediakan hidangan terbaik buat anak-anak dan suami, bahan-bahan yang digunakan haruslah yang berkualiti, mudah digunakan dan sesuai dengan pelbagai kegunaan. Baik untuk memasak, membakar kek, pastri, biskut, membuat kuih muih dan sebagainya. Marjerin ADELA pilihan terbaik buat seisi rumah.
Formulasi & Pembungkusan Marjerin ADELA Diperbaharui
Terbaru, FGV Holdings Bhd (FGV) telah melancarkan Marjerin ADELA di pasaran dengan formulasi dan pembungkusan yang di perbaharui. Marjerin ADELA kini diformulasi dari minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi dan ditambah dengan kebaikan Minyak Bunga Matahari.
Minyak Bunga Matahari diketahui tinggi dengan vitamin E yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, dapat menurunkan kolesterol dan risiko serangan penyakit jantung. [1]
Dengan pembungkusan baru yang lebih menarik, Marjerin ADELA didatangkan dengan empat saiz berbeza iaitu 240 gram, 480 gram, 1 kilogram dan 2.5 kilogram yang pastinya mengikut kesesuaian keperluan setiap pengguna.
Antara kelebihan lain Marjerin ADELA, ia diperkaya dengan 9 vitamin, mengandungi Omega 3,6 dan 9 serta tanpa kolesterol.
Bukan itu sahaja, bau dan rasa Marjerin ADELA yang “buttery” dan lazat ini menjadikannya pilihan ideal untuk digunakan ketika memasak, sewaktu membakar kek, pastri dan biskut. Teksturnya yang halus dan lembut membuatkan sapuan pada roti cukup sempurna dan enak dinikmati begitu sahaja. Malah Marjerin ADELA ini cukup mudah digunakan kerana tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Memang banyak kelebihan Marjerin ADELA dengan formulasi terbaru keluaran FGV Holdings Bhd (FGV) ini. Jangan lupa dapatkan di pasaran.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Instagram ADELA Malaysia: https://www.instagram.com/ADELAbyFGV/
Facebook ADELA Malaysia: https://www.facebook.com/ADELAbyFGV/
#LoveADELA
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI