Marissa – Aslam didakwa kahwin di Thailand 17 Disember lalu, nilah ketika isteri pertama mengerjakan umrah. Nampaknya cinta mengatasi segalanya biarpun berstatus isteri kedua.
Inilah yang terjadi kepada anak kedua Norman Hakim dan Abby Abadi yang memilih menjadi isteri kedua kepada Aslam, lelaki yang pernah dikecohkan bersamanya sebelum ini. Dan lebih mengejutkan, pasangan ini di dakwa memilih bernikah di Selatan Thailand pada 17 Disember lalu.
Memetik laporan Oh Bulan, kakak ipar kepada lelaki dikenali sebagai Aslam yang dikaitkan dengan Marissa Dania Hakim mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial itu di Songkla, Thailand pada Disember lalu.
Wanita dikenali sebagai Nadiah Mazlan itu mededahkan secara ringkas, laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.
“Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan,” jawapnya ringkas.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anak Dituduh Penyondol Rumahtangga, Nanti Saya Jawab – Abby Abadi
Tip Abby Abadi Didik Anak Celik Al Quran, Seawal 2 Tahun
Terdahulu, berita pernikahan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi itu heboh diperkatakan sejak petang semalam.
Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah.
Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.
Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.
MStar turut melaporkan, Norman dan Abby ada meminta agar kedua pasangan ini berpisah kerana keduanya belum mendaftarkan lagi pernikahan ini di Malaysia namun didakwa keduanya enggan berbuat demikian.
“Satu pertemuan keluarga ada dibuat selepas mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak setuju dengan pernikahan ini dan minta keduanya berpisah.
Misha dan Marissa kini bermadu namun didakwa hubungan Aslam dan isteri pertama kembali retak selepas kehadiran Marissa.
Sementara itu, BH Online melaporkan, Marissa yang juga anak kedua daripada tiga beradik dilihat tidak lagi mengikuti ibu bapanya dalam laman sosial.
Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram Marissa, tetapi Norman sudah menyahikut akaun anaknya. Sumber :- Oh Bulan, MStar & BH Online.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.