Maria Tunku Sabri mohon sedekahkan Al-Fatihah, dikejarkan ke MAEPS, darah tidak stabil, jantung laju dan demam.
Pengacara dan personaliti TV, Maria Tunku Sabri terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapat rawatan rapi selepas dijangkiti Covid-19.
Seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran sebuah video, Maria menjelaskan dirinya terpaksa dikuarantin di PKRC selepas bacaan darah tidak stabil, degupan jantung laju dan masih demam selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Hulu Klang.
Untuk makluman, tiga hari lalu, suaminya telah disahkan positif selepas menjalankan ujian saringan manakala dirinya pula masih negatif ketika itu.
“Pengakhirannya saya ke MAEPS. Lagi tiga hari sahaja kuarantin saya bila diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam,” kongsi Maria yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang ramah.
Malah Maria juga akui dirinya reda dengan ujian yang mendatang.
“Allahuakbar Subhanallah aku redha, Ya Allah aku terima sakit penghapus dosa insyaallah.
“To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya,” terangnya.
Maria juga turut memohib agar keluarga dan sahabat handai yang mengenali dirinya agar sedekahkan Al-Fatihah buat dirinya agar dapat cepat sembuh dari wabak jahat Covid-19.
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua,” sambung Maria.
2 Tahun Covid Mengganas, Ashraf Sebak Pertama Kali Solat Bersama Jemaah Tanpa Penjarakan Sosial
Ibu Hamil Positif Covid-19 Ditidurkan & Koma, Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan
Mingguan Wanita : Semoga Maria Tunku Sabri diberikan kesembuhan dan dikembalikan kesihatan yang baik.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Maria Tunku Sabri