‘Marah Sekalipun.’ Bila Bercerai, Tak Bermakna Kita Dapat Lesen Burukkan Bekas Pasangan

Share

‘Marah sekalipun.’ Bila bercerai, tak bermakna kita dapat lesen burukkan bekas pasangan dan hasut anak-anak bencikan pihak sebelah sana. Seburuk-buruk dia tetap mak atau ayah kepada anak-anak.

Marah sekalipun, fikirkan perasaan anak-anak jangan biarkan mereka menjadi mangsa keadaan. Apatah lagi pisahkan mereka dengan pasangan, kasihan sungguh.

Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:

Artikel Berkaitan: “Sakit Hati Macam Mana Pun.’ Elak Buka Aib Pasangan Walaupun Sudah Bercerai

Marah Sekalipun

Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang kita tak mahu, tapi tetap berlaku. Contohnya bercerai.

Iya, kita berpisah hidup dengan pasangan kita. Yang pernah bercinta, hidup dan segalanya dengan kita.

Sebab berlaku perselisihan yang kita tak dapat nak berlapang dada, kita pilih jalan akhir untuk tidak lagi hidup sebumbung.

Benar kawan-kawan, semua ini dibenarkan oleh Tuhan. Sekali pun ini yang Tuhan paling tak suka.

Bila Bercerai

Namun, setelah semua itu berlaku, bukanlah kita punya lesen atau kebenaran untuk memburukkan bekas pasangan kita. Kita mengajar anak-anak untuk mengata ayah dia. Kita ajar anak berperasaan tak betul kepada mak dia.

Cerita pula segala lemah dan kurang bekas pasangan ke kawan kawan, keluarga dan siapa sahaja yang kenal kita. Sebolehnya nak letak salah berpisah itu pada sebelah pihak.

Baca Di Sini:

Jangan Sampai Kerana Marah Kepada Bekas Pasangan, Anak Jadi Mangsa Hingga Diabaikan

Penceraian Bukanlah Lesen Untuk Burukkan Pasangan, Fikirkan Emosi Anak Dan Kesannya

Bercerai! Bukan Mudah Wanita Terima Kenyataan, Ini 10 Nasihat Mereka Yang Baru Bergelar Ibu Tunggal

Tak Bermakna Kita Dapat Lesen

Kawan kawan sekalian,

Sekali pun jodoh tak panjang, kita masih boleh hidup seperti biasa. Bertegur dan berbincang. Terutama tentang zuriat yang lahir daripada diri kita dan pasangan kita dahulu. Itu benih cinta kita. Jadi masih perlu kepada aturan bersama.

Anak-anak yang lahir ini ada ikatan darah daripada mak ayah dia. Maka macam mana jauh terpisah pun, tetap menjadi tanggungjawab mak ayah kandung dia untuk membesarkan mereka.

Burukkan Bekas Pasangan

Jangan sampai kerana marah kita kepada bekas pasangan kita, anak-anak jadi mangsa. Mereka diabai dan tidak dipedulikan. Terutama nasib akhirat mereka.

Ramai sangat anak-anak hasil rumah tangga yang retak jadi anak-anak bermasalah. Sekolah terganggu, pelajaran entah ke mana dan yang paling kita takut mereka ini akan ada masalah emosi. Tak ada kasih sayang.

Yang tak ada kasih sayang seorang ayah akan mencari lelaki di luar rumah. Anak lelaki pula tiada kawalan seorang ayah akan jadi anak yang keras, kuat melawan dan tak lekat di rumah. Hilang selalu. Bebas dengan kawan kawan.

Kawan-kawan, kalau pun hubungan kita tak berjaya di dunia. Moga dengan perceraian itu kita tidak semakin jauh dengan Tuhan.

Begitulah.

Mingguan Wanita : Bila mak, ayah bercerai, hati anak-anaklah yang patut dijaga dahulu. Mereka tak bersalah atas penceraian yang berlaku. Semoga mak dan ayah mampu menjaga hubungan yang baik demi anak-anak selepas bercerai.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat