Kalau mak-mak marah anak, rasanya makin menjadi-jadi perangainya. Sampai boleh hilang sabar mak ayah. Kalau jenis yang tak dengar, memang ‘mendapatlah’ anak-anak nanti. Lebih-lebih lagi bila berada di luar rumah. Masa inilah anak-anak uji kesabaran mak ayah.

Cara mak marah anak di rumah berbeza dengan marah anak di di luar rumah. Mak-mak tak adalah marah melulu sampai boleh menjatuhkan air muka anak. Kesian anak-anak. Nakal memang tak boleh dikawal dan itulah lumrah anak-anak nak membesar.

Tapi, kalu mak-mak tahu cara nak kawal marah atau tunjuk isyarat yang biasa buat apabila berada di luar rumah, tentunya anak akan faham. Biasanya, bila bagi isyarat macam ini seperti jengkelkan mata terutamanya, kalau tak dengar, mahunya balik nanti adalah habuannya.

Begitulah yang ingin dikongsikan oleh Noor Afidah Abu Bakar dalam menjaga batasan anak-anak apabila berada di luar rumah dan tempat awam khasnya. Tak perlu nak menjerit atau marah terlampau sebab ia mungkin boleh menjatuhkan air muka ana kitu sendiri.

Ada Batasan

Kanak-kanak walau di mana pun akan tetap menjadi kanak-kanak.

Biasanya, kanak-kanak PERLU diberikan RUANG dan PELUANG untuk bergerak bebas berlari, melompat, memanjat, berguling, dan bergayut.

IKLAN

Pergerakan merupakan satu KEPERLUAN bagi kanak-kanak.

Bagaimanapun kanak-kanak PERLU tahu BATASAN MASA, KEADAAN dan TEMPAT kerana jika tidak kena gaya mungkin akan membahayakan diri mereka ataupun membahayakan dan mengganggu ketenteraman awam ataupun merosakkan harta benda peribadi dan awam.

BATASAN ini perlu diterangkan kepada kanak-kanak agar mereka faham dan tahu sebabnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Marah Anak Sepahkan Barang Sebab Dia Sedang Berkreatif Jadi Hebat

IKLAN

Kalau Marah Anak Kena Bezakan Antara Kata Kesat, Kasar Atau Tegas

Info Lebih Menarik DI SINI

Kena Diingatkan

Setelah ditetapkan BATASAN, mereka sentiasa perlu DIINGATKAN kerana kadang-kadang mereka terlupa ataupun kadang-kadang mereka belum terbiasa.

Kadang-kadang mereka juga akan cuba menguji batasan untuk menilai sama ada kita serius ataupun tidak. Jikalau kita hanya sebut tetapi tidak kuatkuasa, maka mereka tahu mereka boleh melakukan apa sahaja sesuka hati kerana kita tidak serius.

IKLAN

Ada masanya mereka juga perlu tahu adanya ISYARAT ‘RAHSIA’ daripada kita yang menunjukkan kita tidak merestui tindakan mereka, terutamanya di TEMPAT AWAM.

Menjerit dan memarahi anak di tempat awam hanya menjatuhkan air muka anak-anak.
Itu perlu dielakkan.

Membiarkan anak tanpa ditegur pula boleh menjadikan anak individu yang tidak sensitif terhadap orang sekeliling.

Isyarat ini hanya anda dan anak yang tahu.
——————————————–
Suami saya berkongsi gambar ‘kandid’ yang diambilnya 11 tahun lalu di atas keretapi di Switzerland. Anak-anak saya masih kecil ketika ini dan dengan jelas saya juga masih muda.
Saya sendiri tidak ingat apakah kejadiannya.

Baru sekarang saya tahu bagaimana rupanya apabila Ummi menghantar ‘isyarat tanpa suara’ kepada anak di tempat awam.

MARAH Anak Jangan Sampai Jatuh Air Mukanya. Gunalah ‘ISYARAT TANPA SUARA’MW: Mak-mak boleh cipta satu isyarat rahsia yang hanya mak-mak dan anak saja tahu terutamanya bila berada di luar rumah. Kalau anak-anak tak dengar atau di luar kawalan, isyarat rahsia ini mungkin membantu.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI