Marah Anak Itu Salah Satu, Selebihnya Suami Patut Tahu Tanda-tanda Besar Kaum Isteri Penat Uruskan Hal Rumah Tangga

Share

Hidup zaman sekarang bukan ekonomi saja makin mencabar, malah emosi isteri pun turun naik sebab terlalu penat. Ada kaum mak-mak yang buat banyak kerja dan kalau sebagai suri rumah pun, dia tetap sibuk uruskan anak-anak serta pulun bisnes dari rumah sebab nak selarikan kos sara hidup yang makin bertambah berganda.

Itu yang jadi emosi seorang isteri makin kelaut. Isteri sampai tak boleh tunjuk muka manis depan suami dan kadang termarah anak tanpa sengaja sebab tubuh badan dah letih. Jadi kaum suami kena ambil tahu mood isteri dan kalau boleh bantulah mana yang patut.

Dan kalau masih tak boleh agak macam mana situasi isteri yang dah penat, baca perkongsian Doktor Taufiq Razif ini…

Tanda Emosi Isteri Penat

Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak. Maka saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.

Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.

Antaranya :

? Mula banyak mengomel dan membebel daripada biasa

? Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi

? Menangis sendirian di dalam bilik tanpa sebab

? Mudah jatuh sakit

? Wajah jadi redup tak bermaya

? Hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau

? Selalu tinggikan suara tanpa sebab pada anak-anak

? Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi

Apa Yang Suami Patut Buat

Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.

Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.

Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.

Taufiq Razif
Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri.

Published by
Nadia