Bertahun berkongsi hidupnya, sebaiknya cubalah memahami pasangan dan terima baik, buruk pasangan yang selama ini berada di sisi. Saat bercinta memang indah, perasaan sempurna hadir setelah berkahwin dan memiliki anak. Sekian lama berkeluarga, bukan masanya untuk mencari kekurangan itu dan ini, sebaliknya cubalah serap kebaikan dan kelemahan pasangan.
Manusia tak kiralah suami atau isteri memang tak sempurna, tetapi ianya bukan penghalang untuk mencipta bahagia. Jangan sesekali terfikir bahawa ada lagi di luar sana yang lebih sempurna untuk kita. Hargailah yang sentiasa berada di depan mata.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
Alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang rumit, susah dan teruk…
Mungkin bagi segelintir lelaki yang bakal menjadi suami atau sudah menjadi suami merasakan bahawa rumit, susah dan teruk untuk menjalani kehidupan berumahtangga. Banyak benda nak kena ikut dan buat… susah nk layan dan jaga isteri…
Sebenarnya, kehidupan alam rumahtangga ni tak rumit, tak susah, tak teruk…
Ianya sangat-sangat mudah dan simple…
Perkara pertama yang perlu kita tahu untuk menjalani kehidupan rumahtangga yang tenang dan bahagia ialah :
– Apa yang kita tak suka pasangan buat, maka kita pun jangan buat. Jaga pergaulan, jaga ikhtilat… Pelihara status sebagai suami orang itu baik-baik ketika di luar rumah atau pun di dalam rumah. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati pasangan. Andai ianya kesilapan yang tak disengajakan, maka tolong jangan ulanginya semula. Ambil pengajaran untuk setiap kesilapan.
– Bab solat, bab aurat, bab pergaulan ialah bab yang seorang suami perlu bertegas dengan isteri. Kena suruh isteri solat, tutup aurat, jaga pergaulan di luar rumah dan dengan siapa dia berhubung. Ini soal akhirat, perkara-perkara yang akan ditanya Allah SWT kepada seorang suami. Isteri di bawah tanggungjawab suami, maka tegur, nasihat dan bimbinglah isteri akan hal-hal agama.
Untuk hal-hal dunia seperti isteri ingin bekerja, isteri ingin berbakti terhadap orang tuanya, giliran beraya, maka bertolak ansurlah dengan isteri… Fahami situasi yang dialami isteri sebelum menuntut atau menghalang isteri daripada melakukannya…
Perkara terakhir yang ingin dinasihati ialah, sebagai manusia, kita pasti ada kelemahan, kekurangan dan keburukan. Lengkapilah semua ini dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri… Jangan jadikan ianya sebagai penghalang untuk kita bahagia…Jangan fikir bahawa ada lagi yang lebih baik dan sempurna diluar sana utk kita…
Sempurnakan pasangan kita walau siapa pun dirinya…
Semoga bermanfaat…
Sumber:Firdaus Shakirin
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, insyallah semoga Allah merahmati hubungan suami, isteri yang sentiasa meletakkan kebahagiaan di tempat yang pertama.