Kecantikan

Manjakani Boleh Sebabkan Meroyan, Jika Diambil Sebelum Tamat 30 Hari Berpantang

Share

Pantang selepas bersalin biasa dimulakan sebaik ibu-ibu keluar dari hospital. Biasanya hari kedua selepas bersalin normal dan hari ketiga selepas bersalin caesarean (sekiranya bayi tiada apa-apa komplikasi).

Sebaik sampai di rumah, ibu sedia menjalani rutin berpantang selama 44 hari. Jamu, pilis dan sebagainya telah tersedia. Tapi rupanya ada cara yang betul untuk makan jamu yang ada kandungan manjakani. Ada syarat yang perlu dipatuhi supaya ibu yang tersilap ambil manjakani tak jadi MEROYAN.

Ini yang dikongsikan oleh Kak Bidan Mengurut terkenal, Siti Aishah Confinement yang lebih dikenali dengan nama Ice.

Punca Permulaan Meroyan

Katanya, “Manjakani boleh mengakibatkan lebih banyak mudarat jika diamalkan sebelum tempoh 30 hari berpantang. Ini kerana ubat rapat hanya boleh dimulakan pada hari ke-30 selepas bersalin.”

MANJAKANI adalah salah satu herba yang digunakan untuk merapatkan saluran faraj.

Ibu-ibu yang amalkan manjakani sebelum hari ke-30 bersalin akan mengalami darah nifas yang tidak lawas keluar. Macam mana nak keluar, kalau saluran faraj sudah diasak-asak untuk ketat dan rapat ketika rahim masih mentah dan masih berdarah.”

Sudahnya, 14 hari selepas bersalin darah dah kering. Banggalah ibu dapat solat dan puasa tanpa tahu bahaya dalam tubuh umpama bom jangka yang menunggu hari untuk mengganas

.”

Keadaan ini akan mengakibatkan darah bantal berkumpul di dalam rahim ibu. Sebab itu kebanyakan wanita yang alami RENGAT rata-ratanya adalah wanita yang mengamalkan manjakani sebelum hari ke-30 berpantang.

Kemudiannya darah kotor yang terperangkap dalam rahim ini mengakibatkan keracunan di dalam tubuh ibu. Ini mengakibatkan hormon ibu mula menjadi tidak stabil. Ibu mudah beremosi; maraj, sedih dan keliru dalam pantang. Inilah permulaan MEROYAN.

Penjual Herba Perlu Berilmu

Saya agak terkilan. Dalam sibuk saya mengajar orang luar akan bahana amalan ubat rapat sebelum hari ke-30 berpantang, kawan-kawan facebook saya sendiri gah menjual ubat-ubatan yang mempunyai kandungan perapat dan menguar-uarkan ia bagus untuk ibu-ibu amalkan sejurus selepas bersali

n.”

“Sebab itu saya tak hairan jika ahli perubatan moden mengecam penjual herba. Sebab anda menjual tanpa ilmu. Anda merosakkan masyarakat hanya demi mengaut keuntungan.”

“Bukankah menuntut ilmu akan barangan yang didagangkan (kebaikan dan juga keburukan produk) termaktub dalam ketelusan jual beli menurut konteks perniagaan Islam?”

Sumber/Foto : Facebook Siti Aishah

Published by
Netty Ah Hiyer