Terbaru Lisa Surihani Mohamed memuatnaik gambar suaminya, Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dan anak bongsunya, Yusof Leonne di instagram. Rupanya, gambar terakhir itu mengundang debar di hati para peminatnya.
Sebab mereka mahu tahu penampilan terbaru Lisa Surihani. Pelakon manis ini juga berkongsi gambar-gambar bertudung ketika mengerjakan umrah kali pertama bersama suami, anak-anak dan keluarga pada 2 Syawal yang lalu.
Ada peminatnya yang memberikan komen, “Berdebarnya nak tunggu gambar terbaru Lisa. Ya Allah. Kurniakanlah hidayah istiqamah terhadap kesayangan kami lisa surihani seperti mana Engkau jentikkan hidayah di hati orang yg Engkau kehendaki. Aaminn.”
Malah ramai yang mendoakan agar ibu kepada dua orang cahayamata. Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini kekal istiqamah mengenakan hijab.
Tulis Lisa Surihani lagi, umrah kali pertama ini memberi kesan mendalam buat dirinya dan Yusry. “Kenangan kami sekeluarga sebelum tawaf Sunat bersama anak-anak. Pengalaman yang amat bermakna buat kami berdua. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.”
Doa Lisa lagi agar Allah akan sentiasa menjemput dia dan keluarganya ke rumah Allah ini pada masa-masa akan datang.
Ada keraguan dalam kesihatan? Iya! Jadi mak-mak ni memang paling banyak keraguaan. Benda boleh tanya buat apa nak simpankan? Saksikan Tanyalah Dr Imelda mulai 4 Julai 2019 jam 9 malam hanya di Astro Prima 105 & Prima Hd 121.www.mingguanwanita.my#mingguanwanita #temansetiapwanita #mingguanwanitatalkshow #mingguanwanitatv #astro #astroprima105 #astroprimahd121
Posted by Mingguan Wanita on Saturday, June 22, 2019
Manis Lisa Bertudung Dalam Video Promo ‘Tanyalah Dr Imelda’
Ha.. dalam video yang Mingguan Wanita kongsikan untuk rancangan terbaru, ‘Tanyalah Dr Imelda’ juga menampilkan Lisa Surihani dengan wajah bertudung yang menawan.
Rancangan itu yang turut menampilkan Lisa Surihani akan bersiaran mulai 4 Julai 2019 pada jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Ianya sebuah rancangan terbaru, menjawab persoalan berkaitan kehamilan dan kelahiran bersama Pakar Sakit Puan, Prof. Dr Imelda Balchin. Dari perihal ibu mengandung hinggalah ibu melahirkan akan dikupas dengan lebih detail oleh pakar.
Kenangan Umrah Kali Pertama Lisa Surihani Bersama Suami
Lisa juga berkongsi kegembiraannya menunaikan umrah kali pertama bersama suami, anak-anak dan ahli keluarganya di instagramnya.
Memandangkan Lisa tunai umrah pada 2 Syawal, bermakna Aidilfitri kali ini disambut di Tanah Suci Makkah.
“Hari Syawal ke-3, kenangan bersama Mummy dan Auntie Bedah (kakak kepada Mummy) setelah selesai melawat Makam Rasulullah SAW / Raudhah dan Perkuburan Baqi. Pengalaman teramat indah tak terkata. Syukur Alhamdulillah.”
“Pada Hari Syawal ke-4, ini kenangan kami sekeluarga setelah selesai ziarah Wida’ di Masjid Nabawi. Moga berpeluang untuk ziarah makam Rasulullah lagi. Kami mohon syafaat Nabi Muhammad (saw) kepada Ya Allah SWT. Moga kami bertemu lagi Ya Rasulullah SAW.”
MW : Mendoakan agar Lisa Surihani yang disayangi ramai ini akan kekal istiqamah berhijab. Amin.
Sumber/Foto : Lisa Surihani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI