Manis di majlis khatam Al-Quran. Seluruh dunia pastinya tidak sabar menantikan perjalanan majlis perkahwinan diraja di antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan Dayang Anisha Rosnah Adam yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Januari ini.
Siaran berita RTB Brunei melaporkan, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari dimana ia akan dimulan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.
Seterusnya, pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan. Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
Pada 3 Januari lalu, satu majlis khatam al-Quran untuk Dayang Anisha telah diadakan di mana bakal isteri Putera Mateen itu menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei yang dihasilkan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus.
Penampilan Dayang Anisha di majlis khatam Al-Quran tersebut mendapat pujian warga maya yang terpersona dengan kelancarannya mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran di samping penampilan yang sederhana tetapi anggun dalam busana baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei rona putih.
Label Teh Firdaus kian menempa nama dalam industri fesyen tanah air dengan ilham kreatif dalam mentafsirkan karya agung buat setiap helaian yang dihasilkan.
Jenama yang diungguli oleh seorang jejaka kelahiran Kedah, Muhammad Firdaus Bin Awang Teh mula mendapat tempat buat penggemar fesyen sekaligus menjadikan namanya kian bersinar.
Untuk rekod, Putera Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz. Anisha Isa Kalebic pula merupakan cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah lama berkenalan dan berpacaran selama beberapa tahun. Anisha mula mula menarik perhatian media apabila beliau dilihat berpasangan dengan Putera Mateen pada majlis perkahwinan Di-Raja kakaknya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, pada Januari 2023.
Perkahwinan Di-Raja Brunei ini bakal menyaksikan beberapa tetamu Di-Raja dari seluruh dunia termasuk Putera William dan Kate Middleton dari Istana Buckingham.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isteri Baru Bersalin 4 Bulan Ditalak Suami, Gara-Gara Mak Mentua Tidak Suka
Ibu Mengandung Meninggal Mengejut, Sempat Tulis Catatan Akhir “Angin Tak Lepas” Dalam Badan