Sabtu lalu, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkongsi momen majlis resepsi difahamkan diadakan di rumah mentuanya dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Sekitar 17 Julai lalu, difahamkan pelakon Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Eilyas Azhar atau Yas di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri kedua belah pihak.
Zarina kelihatan manis bertudung memakai gaun jambu rekaan Hansmin Official. Solekan cantik hari itu hasil kreativiti Aizat Abdul Razak.
Ads
Cuma 34 Jam Hasilkan Gaun Pengantin Merah Jambu
Gaun pengantin merah jambu anggun yang dihasilkan dalam tempoh 34 jam saja itu, dipakai sedondon dengan suaminya yang segak berbaju Melayu moden dan bertanjak.
Ramai follower instagram yang memuji keserian wajah pengantin di hari persandingannya. Malah, rata-rata mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya itu.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Ads
Terdahulu Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerao pada Disember 2016. Perkahwinan sebelumnya, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Gambaran ibu tiri kejam yang sering diperkatakan dalam masyarakat sememangnya betul-betul wujud. Sepatutnya seorang ibu tiri melindungi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya namun tindakan yang diperlakukan ini cukup melampaui batas.
Seorang wanita telah memanaskan pisau terlebih dahulu kemudian tekap di lengan mangsa dan hari ini ibu tiri aniaya anak tirinya telah dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Ibu Tiri Dihukum Penjara 24 Bulan
Seorang wanita dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya dan mencederakan anak tirinya.
Tertuduh, Khairunnisa Abdullah, 24, didakwa berbuat demikian terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal di rumahnya di Muadzam Shah pada 20 September lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun, khidmat masyarakat selama 120 jam dan melapor diri di Balai Polis Chenderawasih sebulan sekali.
Ibu Tiri Turut Dikenakan Hukuman Tambahan
“Hukuman tambahan itu dikenakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh meletakkan pisau yang dipanaskan di atas lengan kanan mangsa sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal pada 3 petang, 20 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi.
Mohd Faizal Hiqram meminta mahkamah meringankan hukuman dan mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh kerana kesalahan kali pertama dan sudah insaf.
Bagaimanapun, Sharifah Nurul Syuhada meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana sepatutnya melindungi kanak-kanak berkenaan bukan dengan cara menganiaya dan mencederakan.
“Ia kesalahan serius apabila tertuduh sanggup mengambil dan memanaskan pisau terlebih dahulu sebelum menekap di lengan kanan mangsa,” katanya.
MW: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua mak-mak di luar sana. Tidak kiralah anak tiri atau anak kandung, sepatutnya seorang ibu menyayangi anaknya seadanya. Diharap ibu ini menyesal atas perbuatannya.
Mak-mak bekerja yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berumur 40 tahun dan ke atas, bila dapat baucer percuma Saringan Kesihatan PERKESO silalah gunakan.
Jangan peram buat tak tahu. Rugi nanti. Mantan wartawan, Ummu Su Mokhtar berkongsi panduan. Bagaimana cara mendapatkan baucer percuma itu semula, bila mana baucer yang pernah diserahkan majikan sebelum ini hilang dari simpanan.
“Mamak, teh ais bungkus ikat tipi, letak dalam mangkuk 1!”
Hahhh.. sementara nak nunggu mamak ni buatkan air hakak, meh nak story skit.
Siapa pernah dapat baucer ni? Haaaa, letak kat mana baucer ni, dah redeem belum? Apaaa?!! Hilang?!!!! Tak ingat letak mana? Isk isk isk, hakak punya pun hilang hak sebenarnya, nasib jumpa balik.
Tapi jangan risau. Sesiapa yang baucer dah tak ketahuan kedudukannya,
Nanti website tu akan bagitahu sama ada kita layak untuk redeem lagi atau tidak (Tetapi sesiapa yang dapat baucer ni antara 2013 hingga 2019 masih layak untuk redeem).
“Mamakkkk, air mana? Lambat nauuuu..”
Lepas kelayakan disahkan, akan ada satu lagi link untuk kita klik, di sini : https://sehat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html , lepas keluar kata layak, ikut arahan (rujuk gambar di atas) untuk dapatkan baucer.
Dan kita akan diberi baucer secara online.
Bawa baucer yang dah download tu ke mana-mana pusat pemeriksaan ke, hospital ke, klinik yang berdaftar dengan PERKESO (boleh semak kat website yang sama), buat la appointment dan bersedialah untuk buat pemeriksaan.
Baucer Percuma Rugi Siapa Tak Redeem
“Baucer free oooo.. pemeriksaan free, rugi kalau tak redeem. Yang wanita, siap ada pemeriksaan mamogram, pap smear lagi hakak oiiiii… huntunggggg…”
“Yang tak syok (pada aku la) masa nak amik darah sebab badanku je besor tapi urat halusssssssssssss. Takut cangatttt, tiyan kita.. Lepas tu kena puasa minimum 8 jam sebab nak amik darah kan. Tapi lepas amik darah tu, kau makan la nasi putih, ikan bakar, jantung pisang rebus cicah air asam, takder sapa kesah pun.”
Pilih Lokasi Saringan Yang Tak Perlu Tunggu Lama
Lepas tu sesiapa yang nak buat ujian saringan kesihatan tu, carilah tempat yang besar sebab fasiliti banyak jadi waiting period mungkin kurang. Kita tadi buat kt BP Healthcare, Glenmarie. Tak perlu booking pun, walk in saja sambil senyum, tak sampai sejam dah setel… Result dalam 3-4 hari dah boleh dapat.
“Haaa, baru nak hantor air. Lambat nau..”
Apa pun, sesiapa yang dapat baucer ni antara 2013 hingga 2019, layak untuk redeem sehingga Disember 2020. Lepas Disember 2020, burn bebeh burnnnn..hangus terbakarrrr
Maka gunakanlah sebaiknya benda free ni. Sekian.
Nota kaki Teh Ais Mangkuk : Sesiapa yang nak buat pemeriksaan tu, persediaan yang dibuat bukan setakat kena puasa 8 jam sebelum medical check up tu. Trim dan tebaslah segala ‘rumput’ yang tumbuh menjalar itu demi kesenangan sang pemeriksa.
Jangan berangan nak lihat wajah kacak Zul Ariffin dalam Tombiruo. Sebab semua itu hilang dibayangi topeng seram. Cuma tubuh sasa ketak-ketak yang akan anda saksikan berjalan.. berlari.. melompat.. penuh bebas meredah hutan belantara Keningau sepanjang durasi filem Tombiruo.
Jangan tak tahu hampir sepenuhnya lagak ngeri dilakukan sendiri. Walaupun sudah setahun berlalu, banyak babak masih segar dalam ingatan artis yang mengambil masa 7 tahun untuk meraih populariti.
“Ada artis setahun dua dalam industri sudah mendapat segala-galanya termasuk watak utama, populariti dan banyak publisiti mengenai mereka kerana ada rupa. Saya pula mengambil masa tujuh tahun untuk dikenali seperti hari ini.”
“Mungkin rupa saya tak elok kot atau tak hipster (katanya sambil ketawa). Tetapi itulah kata orang rezeki masing-masing. Ada orang memang mukanya kacak, jadi pilihan penerbit dan sering diberikan watak utama. Sama ada mereka boleh berlakon atau tidak, saya tak mahu komen kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai isu ini.”
Kata Zul lagi, artis hari ini yang ada rupa beruntung kerana sudah banyak stesen televisyen, penerbit, malah banyak peluang menanti mereka.
“Tak seperti saya bermula dahulu. Saya hanya tahu berlakon dan tidak ada bakat menyanyi atau membuat hal lain (kesemuanya ke laut, ujarnya ketawa lagi) dan saya hanya perlu mempamerkan bakat yang saya ada untuk diterima oleh peminat. Lebih ramai aktor lebih baik kerana industri lebih meriah.”
Sudah tentu kepercayaan melakonkan watak penting dalam karya hebat Tombiruo membuatnya nervous. Adaptasi dari sebuah novel thriller no. 1 Malaysia karya Ramlee Awang Murshid.
“Novel ini memang laris jualan dan ramai peminatnya. Mereka mengikuti dari awal dan tahu segalanya. Bagi peminat novel ini, tentu mereka tidak sabar menanti filem ini di pawagam dan bagi peminat baru pula pasti hendak tahu apa kehebatannya.
“Kami pun baru sahaja selesai menghabiskan penggambaran yang bermula sejak setahun lalu. Jujurnya saya sangat berbangga dapat membawakan watak Ejim, penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan Keningau. Karya abang Ramlee Awang Murshid ini adalah sebuah naskhah yang begitu ditunggu-tunggu oleh semua.”
Dia juga tak menafikan berdebar ketika diminta melakonkan babak cinta yang memerlukannya meluahkan emosi tanpa perlu banyak berdialog. Biarpun sukar, ia dapat dilakukan dengan baik.
Akuinya, dia sendiri tak sabar menanti maklum balas dari peminat. Masa yang sama dia sangat risau jika jangkaan peminat berbeza dengan apa yang mereka baca dalam novel.
“Kami sudah melakukan sebaik mungkin. Bagi saya, industri tempatan perlu ada filem-filem begini.”
Terbukti filem yang diangkat karyanya dari garapan novel ada yang tak menunjukkan hasil memberangsangkan. Bagi Zul itu bukan satu hal yang merisaukannya.
“Bunyi seperti selfish tetapi sebagai pelakon saya sudah memberikan 100 peratus komitmen dan terbaik demi merealisasikan filem ini menjadi hebat. Begitu juga dengan semua pelakon lain serta pihak yang terlibat. Kita buat apa yang termampu,” ujarnya ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf.
Menurutnya, bukan semua pelakon berpeluang mendapat karya hebat sebegini dan dia bertuah kerana terpilih di saat semuanya sudah tersedia.
“Penonton boleh memberikan penilaian mereka, apa yang mereka suka tengok dan tidak biarpun banyak filem diangkat dari novel gagal tetapi ia bukan judgement untuk Tombiruo. Saya sendiri tidak sabar menantikan reaksi daripada peminat setia novel ini bila diangkat ke layar perak.”
Dari hari pertama penggambaran, semuanya begitu mencabar bagi Zul. Bermula dari kostum, latar belakang dan segala-galanya kerana filem ini lain daripada kebiasaan.
Tengok Teaser Trailer Ni Pun Dah Syok Habis
Bakal ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober 2017. Jangan lepaskan peluang saksikannya beramai-ramai. Bawalah ahli keluarga menontonnya sebab itulah mesej yang cuba disampaikan dalam filem hebat ini iaitu semangat ‘KEKELUARGAAN’.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...