Hiburan

Manis Bertudung Labuh, Siti Nurhaliza Rindu Saat Berbuka Di Masjidil Haram

Share

Berpeluang menunaikan umrah pada akhir Ramadan, di sepuluh malam terakhir antara impian ramai. Apatah lagi dapat menikmati kemanisan beribadah bersama keluarga tersayang dalam mengharapkan kehadiran Lailatul Qadar di tempat yang mulia.

Ramai yang mengetahui penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza,40, berkesempatan menunaikan umrah setiap kali tibanya Ramadan.Lebih istimewa, rezeki menunaikan umrah pada kali ini turut membawa puteri kesayangannya Siti Aafiyah yang kini berumur 1 tahun 2 bulan buat pertama kali pada 23 Mei lalu. Disamping suami Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K, 50 dan beberapa ahli keluarga yang lain.

“Alhamdulillah dikurniakan peluang ke tanah suci di bulan Ramadhan bersama keluarga tercinta. Kali ini lebih istimewa ditemani Aafiyah,” katanya.

Tawaf Sunat Bawa Aafiyah

Menerusi posting di laman Instagram, penyanyi Nazam Lebaran ini masih berada berada di tanah suci dan ada berkongsi telatah Aafiyah ketika berada di sana. Siti juga berasa pengalaman yang cukup bermakna apabila dapat membawa Aafiyah menunaikan tawaf sunat bersama beliau dan suami.

“Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk berada di Masjidil Haram pada bulan Ramadan yang mulia ini. Hari ini Aafiyah sempat ikut ibu tunaikan tawaf sunat.Pengalaman yang sangat bermakna buat saya & suami.”

Rindu Berbuka Di Masjidil Haram

Selain itu, Siti Nurhaliza juga ada kongsikan perkara dan suasana yang beliau rindui setiap kali ketika berbuka di Masjidil Haram.

“Alhamdullillah saat yang saya rindukan berbuka di masjidilharam. Kurma & air zam zam serta duduk bersama saudara islam yang lain, tak mengenal pangkat & usia”,

Malah, penyanyi ini juga bermurah hati mendoakan hajat-hajat yang diharapkan daripada para peminatnya ketika berada di tanah suci.

Antara momen istimewa Dato Sri Siti Nurhaliza ketika di tanah suci.

Tahun ini merupakan kali kedua Siti Nurhaliza meraikan lebaran bersama puteri kesayangan. Malah pelantun lagu Sesuci Lebaran ini dijangka kembali ke tanah air pada tanggal 2 Jun depan, sebelum menjelangnya Aidilfitri.

MW: Alhamdulillah bertuah Aafiyah, dijemput ke tanah suci pada usia yang masih kecil. Semoga Dato Sri Siti Nurhaliza dan keluarga mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan disana hendaknya.

Sumber: ctdk

Published by
Suhaidah Abd Wahab