Alhamdulillah, setelah seminggu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan koma, mangsa yang terselamat dalam kejadian keracunan gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di tapak parkir stesen minyak pada 17 September lalu dilaporkan sudah sedar daripada koma petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, sebelum ini dikomakan untuk tujuan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Mangsa Terselamat Keracunan Dalam Kereta, Nor Aqilah Sedar Dari Koma
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad

Kenal Ahli Keluarga

Beliau berkata, Nor Aqilah juga dilaporkan mengangguk kepala sebagai tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

“Alhamdulillah, adik Aqilah sudah sedar daripada koma dan mengangguk kepala tanda kenal ahli keluarga yang datang melawat dia,” katanya ketika dihubungi.

Petang semalam, mangsa dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan rapi oleh sepasukan pakar perubatan di hospital tersebut.Bagaimanapun, mangsa masih di bawah pemantauan doktor dari semasa ke semasa.

Ads

Keracunan Karbon Monoksida

Dalam kejadian minggu lalu, tiga daripada empat pelajar di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves maut dipercayai akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup.

Kesemua mangsa menaiki sebuah kereta Honda Odyssey dikatakan berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth selepas pulang dari Pulau Jerejak di Bayan Baru di sini.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah. Kesemua mangsa berhenti di stesen minyak itu pada jam 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta tersebut memaklumkan dia pening dan muntah.

Ads

Mangsa Terselamat Keracunan Dalam Kereta, Nor Aqilah Sedar Dari Koma

Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Empat sahabat itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta tersebut dengan keadaan enjin masih hidup oleh bapa Ayuni Shazwani Shabri kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 17 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal selepas kesemuanya yang berusia 21 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri.

Ads

Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat namun meninggal dunia ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak pada jam 4.23 petang Khamis lalu.

4 Sahabat Ditemui Tidak Sedarkan Diri Dalam Kereta, Dipercayai Lemas Karbon Monoksida!

MW: Alhamduillah, telah selamat dan sedar dari koma. Semoga adik Aqilah diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI