
Isi Kandungan
ToggleSeronok bila mak-mak dapat buat sendiri aiskrim untuk anak-anak di rumah. Bukan apa, berbanding aiskrim yang dijual di pasaran, memang diketahui tinggi dengan kadar gula mahupun perisa dan pewarna tambahannya. Bila buat sendiri, semuanya boleh dikawal, daripada segi kemanisan mahupun kandungan bahan-bahannya. Malah lebih sihat dan tentunya lebih sedap!
Mak-mak boleh cuba Aiskrim Mangga Lolly dengan Marshmallow ini mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nana Sabrina Sarsan.
“Anak saya suka sangat makan ice cream, timbul la idea buatkan dia ice cream buah yang lebih berkhasiat tanpa bahan pengawet.Ice cream yang sangat-sangat mudah, sihat dan tentunya sedap.
“Segarnya, rasa mangga original, tak ada bahan perasa ataupun bahan pengawet, yang penting homemade”
Mango Ice Cream Lolly with Marshmallow
Bahan-Bahan:
Sebiji mangga masak
1sudu besar madu
1 gelas susu segar
1/2 sudu kecil esen vanilla
Marshmallow (tak letak pun tak pe)
Cara Membuat:
- Masukkan mangga yang dah dipotong kiub, madu, esen vanilla dan susu ke dalam blender. Kisar bahan-bahan kecuali marshmallow, kisar sampai halus.
2.Kemudian masukkan marshmallow ke dalam popsicle (bekas aiskrim).
3. Kemudian tuang pula mangga kisar tadi.
3.Masukkan dalam peti beku siap!!

Selamat Mencuba!
MW: Mudah je kan nak buat Aiskrim Mangga Lolly dengan Marshmallow ini. Lebih jimat, sihat dan anak-anak pun mesti suka nanti.
Sumber:Nana Sabrina Sarsan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulu Kopi Dalgona, Sekarang Giliran Kek Dalgona pulak Viral, Super Yummy!

Isi Kandungan
ToggleTak lama dulu, viral pasal Dalgona coffee. Boleh baca link ini;https://www.mingguanwanita.my/dalgona-latte-kopi-korea-viral-senang-whisk-pakai-garfu-pun-boleh/. Sekarang timbul pula resipi kek Dalgona yang super sedap.
Pasti kek ini akan menjadikan idaman keluarga kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut. Kredit resipi asal: Azlina Ina, diolah & diadaptasi oleh: Raihatul Wardah @ raihawardah.
Silalah cuba ye, pasti termimpi-mimpi akan kesedapannya!
RESIPI KEK DALGONA
Bahan A (Bahan untuk krim Dalgona):
1 sudu besar Nescafe original
3 sudu besar gula pasir/kastor
3 sudu besar air panas (betul2 panas)
* kesemua bahan A dikacau dengan mixer sehingga kembang. Kacau ketika air masih panas supaya adunan lebih mudah kembang.
Bahan B:
3 biji telur A
1 cawan gula kastor (kurangkan sekiranya tak suka manis)
1/2 cawan susu segar/full cream/santan
1 cawan minyak jagung
Bahan C:
2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum (perlu tambah satu sudu teh baking powder)
* Sekiranya nak dikukus, perlu letak baking soda.
Cara Membuat:
Bahan A: Satukan Nescafe, gula dan air panas kemudian adun menggunakan hand mixer sehingga kembang. Ketepikan.
Bahan B: Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula, diikuti minyak jagung dan susu. Putarkan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan kembang.

Kemudian masukkan pula Bahan C yang telah diayak ke dalam adunan tadi dan adun lagi. Setelah adunan sebati, masukkan bahan A yang telah diadun kembang tadi. Gunakan cara kaup balik dengan menggunakan senduk.
Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar. Alas loyang saiz 7 @ 8 inci, lapik dengan baking paper. Letakkan minyak di atas baking paper supaya tidak melekat. Setelah itu masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 160 darjah Celsius selama 45-50 minit. (Suhu adalah mengikut oven masing-masing). Kalau kukus, masa lebih kurang 40 minit.
Nak pastikan kek betul-betul masak, cucukkan lidi di tengah-tengah kek. Sekiranya lidi tersebut bersih dan tiada sisa kek pada lidi bermakna kek sudah benar-benar masak.
Setelah kek masak dan sejuk, boleh hiaskan dengan snow powder dan juga sos coklat ataupun apa saja yang sesuai dan digemari. Kemudian bolehlah potong..Hmm..lazat tak terkata!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buang Angin Dengan 2 Bahan Saja. Bila-Bila Pun Boleh Minum

Isi Kandungan
ToggleBadan rasa lenguh dan kerap sendawa, apatah lagi apabila melihat orang lain mengurut badan, secara automatik mulalah sendawa. Itu maknanya badan kita banyak angin. Kadang-kadang, penat dengan sendawa tapi ia boleh memberi kelegaan pada badan.
Salah satu cara untuk buang angin adalah mengurut, namun biasanya mengurut hanya untuk sebulan atau dua tiga bulan sekali. Macam mana kalau nak buang angin yang memang membuatkan anda tidak selesa.
Jadi, perkongsian daripada Husna Azlan ini boleh membantu. Dengan hanya minum sahaja, mudah-mudahan ia dapat membantu mengeluarkan angin dalam badan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jus Halia Bermadu, Yang Nak Turunkan Berat Badan Dan Buang Angin Dalam Badan Boleh Cuba
Cuba Air Rebusan Pink, Senang Nak ‘Membuang’. Perut Pun KEMPIS
Info Lebih Menarik DI SINI
Buang Angin Dengan Mudah
Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu. Badan korang mesti dipenuhi angin
Ini antara tanda-tanda badan banyak angin:
1. Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
2. Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
3. Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
4. Selalu menguap/mudah mengantuk.
5. Sukar bernafas/nafas pendek.
6. Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Ada tak simptom-simptom ni, kalau ada elok sangat buat resipi ni, lepas tu angin kalau keluar macam belon angin pecah.
Angin medu ni ialah angin kotor yang terperangkap dalam badan kita. Angin kotor biasanya datang dari makanan yang berangin (makanan yang hasilkan gas semasa lalui proses pencernaan dalam badan kita).
Bila angin medu menyerang, kita akan rasa tak selesa, sebab tak boleh nak keluarkan angin tu dan rasa tak lega lega.

Petua untuk buang angin yang paling mujarab ialah dengan meminum air halia. Tapi Hus tahu, mesti ramai yang tak lalu minum air halia begitu saja. Jadi, Hus nak kongsi, macam mana cara nak buat minuman halia yang sangat sedap, tapi angin dia ermm. Double triple keluar! Hehe.
Bahan-bahannya:
Sekotak susu (brand apa pun boleh )
Halia (besar ibu jari) lebih kurang 3-4 cm
Halia nie ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit. kalau setakat 3-4 cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara Membuat:
Hiris halia tadi nipis-nipis reneh dengan susu tadi sampai mendidih atas api perlahan. Taraaaa sedia diminum.
Seeloknye minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta, memang sendawa dan kentut non stop .
Boleh diminum oleh:
Lelaki dan wanita, ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak, cukup 2-3 cm ja.
Ibu berpantang yang bentan
Sembelit
Angin disebabkan gastrik
Nak buang water retention berlebihan dalam badan pun boleh.
Petua ni sangat berkesan, bila-bila pun boleh minum. Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tue. Seminggu 2-3 kali pun ok.
MW: Bolehlah cuba di rumah nanti.
Sumber: Husna Azlan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cucur Badak Arwah Abah Kenangan Mengusik Jiwa, Anak Penjual Kuih Kongsi Petua

Isi Kandungan
ToggleCucur Badak merupakan salah satu kuih tradisional melayu yang tak ramai boleh buat dengan sedap!. Kadangkala, kuih-kuih tradisonal begini memang mampu mengimbau memori dan mempunyai kenangan tersendiri. Lebih-lebih lagi jika ia dibuat oleh insan yang tersayang, seperti mak dan ayah kita.
Sungguh, air tangan mereka memang teristimewa, bila mereka telah tiada, ia tinggal kenangan dan tak dapat lagi dibeli dimana-mana. Hanya peninggalan resipi yang diperturunkan mampu mengubat rindu di dada.
Perkongsian resipi Cucur Badak oleh Zyanne Indulgence, merupakan kenangan beliau bersama arwah abahnya yang juga pakar dalam membuat kuih ini.Lebih istimewa, menurut beliau hasil jualan kuih muih inilah yang membesarkan mereka 4 beradik.
Berikut antara perkongsiannya;
Cucur Badak Abah, Kenangan Mengusik Jiwa
Projek minggu lepas.
Bila tengok cucur badak mesti teringat arwah abah. Arwah abah memang terer. Itulah kepakaran abah. Mak & abah membesarkan kami 4 beradik dengan menjual kuih. Kami 3 beradik dah ada bahagian masing-masing.Subuh-subuh sepi abang kena golek kuih bom/onde-onde pulut dengan lenga/bijan (sebelum abang dapat kerja di PJ). Aku pulak kena gentel inti tepung bungkus, layor daun pisang. Kadang-kadang kena kupas ubi keledek. Adik pulak memang kontrak buat badan karipap & tempa karipap.
Mula-mula mak start berniaga seronoklah nak tolong. Tapi lama kelamaan mulalah rasa bosan. Orang utara kata dah cemuih. Dok tengok muka kuih tiap-tiap hari. Tapi apakan daya kenalah teruskan jugak sebab dengan duit kuih tulah mak & abah membesarkn kami adik -beradik.
Ada le jugak sekali-sekala mulut yang x de insurans ni mengomel “kenapalah kena buat semua ni. Apsallah aku x dilahirkan kaya. Macam-macam rasa tak puas hati. Kawan-kawan senang je nak apa-apa mintak je kat mak bapak diorang. Tapi aku tiap-tiap hari menghadap kuih”.
Masa tu mana reti nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tapi bila tengok mak & abah bersusah-payah carik duit, tido tak menentu kesian pulak tengok. Maka dengan itu aku pun teruskanlah rutin tu tanpa perlu mempersoalkn why why why…. Kita sambung nanti kisah aku anak penjual kuih ni ye.
Jom kita sambung buat cucur badak.
Petua Rebus Ubi Keledek
Petua abah kalau nak rebus ubi keledek tu, air jangan banyak. Sukatannya setengah daripada level ubi tu. Nak sedap campurkan ubi oren & kuning/putih. Kacaulah dari semasa ke semasa supaya ubi yang atas turun ke bawah. Jangan lupa masukkan garam. Nanti tawar lah badan cucur badak kome. X de rasa.
Bila air dah kering, baru masukkan gula. Yang aku buat ni ubinya lebih kurang 5 kg aku masukkan dalam 6 senduk kecik. Apa lagi lecoklah ubi tu sampai hancur.
Dah hancur baru masukkan tepung gandum. Pastikan ubi yang direbus tu tak lembik. Kalau lembik tepung kena bubuh banyak dah jadi keras kejung cucur kome. Abah kata kalau ubi yang digaul dengan tepung dah tak lekat kat tangan maknanya doh cucur kome tu dah cantiklah.

Silalah tempa cucur kome tu. Sukatilah nak buat beso mana. Kalo rajin buat comey-comey. Kalau maleh nak cepat siap tempa jelah sebeso badak. Sebiji makan dah kenyang.
Bila dah siap takkan le kome nak ngap terus. Goreng le dulu. Tips abah minyak jangan terlalu panas.
Selamat Mencuba!
Sumber: Zyanne Indulgence
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI