Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Sejukkan Ruang Dalam Rumah!

Share

Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Boleh Sejukkan Ruang Dalam Rumah! Cuaca panas melampau ketika ini membuatkan kita tak selesa, selalu berpeluh tak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kepanasan.

Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.

Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Nor ini.

Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.

Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.

 

Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.

Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.

 

Semoga Bermanfaat.

Mesti Baca:STROK HABA, Suhu Badan Naik Mendadak Jangan Ambil Mudah Anak Mengadu Sakit Kepala!
Baca Lagi Di Sini:Lai Chi Kang Penyejuk Tekak,Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam
Artikel Menarik:Pasang Aluminium Foil Cara Bajet Kurangkan Haba Panas, Sejukkan Suhu Rumah!

Mingguan Wanita: Cuaca panas melampau ketika ini, boleh cuba simpan air di dalam labu sayong dan letakkan di dalam rumah untuk membantu penyejukan ruang.

Sumber: Aqilah Nor

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab