Mandikan Bayi Guna Teknik ‘Sental-Sental Manja’, Barulah Kulitnya Bersih, Tak Gatal Atau Bersisik

Share

Saat mandikan bayi merupakan momen terindah bagi mak ayah. Ia bukan sekadar rutin harian untuk membersihkan tubuh bayi malah fungsinya lebih daripada itu. Waktu mandi inilah sebenarnya, mak ayah boleh cipta jalinan mesra dengan anak yang sekali gus membantu merangsang perkembangan positif fizikal dan mental mereka.

Ini kerana perkembangan otak bayi dicetuskan oleh rangsangan pelbagai deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, disentuh dan dilihat mereka. Oleh itu, setiap sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima bayi ketika dimandikan ternyata waktu paling sesuai boleh digunakan dalam merangsang perkembangan minda mereka.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi:

Ada beberapa aktiviti yang mak ayah boleh lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda bayi. Waktu mandi boleh menjadi saat terbaik untuk mengajar mereka pelbagai kemahiran asas dengan beberapa teknik mudah. Bermain dengan bayi dan bercakap dengannya ketika waktu mandi adalah cara paling baik untuk merangsang otak bayi kerana mereka banyak belajar daripada persekitaran terutama melalui interaksi dengannya.

Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi dan aktiviti berkenaan dilakukan berulang-ulang akan memberi kesan terhadap perkembangan derianya,” ujarnya.

TIP RANGSANG OTAK BAYI KETIKA MANDI

  1. Pilih sabun wangian yang lembut bagi merangsang perkembangan kognitif anak. Aroma yang baik dapat menstimulasi bahagian otak anak dan mampu menguatkan ingatan mereka. Berikan juga sentuhan lembut, ajak berbual dan lakukan hubungan mata dengan bayi.
  2. Ketika mandi berikan perkakas mainan berwarna-warni contohnya bola kecil dan itik comel. Ia mampu merangsang kemahiran berfikir apabila anak berimaginasi.
  3. Mak ayah boleh berikan objek kecil yang selamat untuk anak terokai. Dengan cara ini anak akan belajar menggunakan jari dan tangan bagi melakukan sesuatu seperti menggenggam dan memegang dengan kuat.
  4. Bukan sekadar bilas dengan air, sebaiknya lakukan urutan dan sentalan lembut pada bayi ketika mandi, bagi memberi ketenangan emosi dan membantu bayi tidur lebih baik nanti.

Nak mandikan anak yang baru lahir pun ada caranya.Guna teknik ‘sental-sental manja’ barulah kulitnya bersih, tak gatal atau bersisik.

CARA MANDIKAN BAYI YANG BETUL

(A) Sebelum Mandi

1. Sediakan Barang Keperluan Mandian

Sediakan keperluan barang-barang mandian yang penting (tuala untuk membalut bayi, tuala kecil, kapas, lampin baru dan pakaian yang bersih) dan letak berdekatan dengan pelapik atau tempat untuk menukar lampin bayi. Bentangkan tuala untuk mengalas dan mengeringkan bayi nanti.

2. Periksa Suhu Bilik & Air

Pastikan bilik berada dalam keadaan suhu yang selesa, tutup kipas kalau perlu. Untuk bayi baru lahir sehingga usia enam bulan, isikan tab mandi dengan air suam sehingga ketinggian kira-kira 5-13 cm. Atau pastikan air cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.

Uji suhu air dengan pergelangan tangan atau siku. Ia mestilah kira-kira 36-37°C dan tidak terasa panas pada kulit.

3. Lap Kelopak Mata Dengan Kapas Lembap

Lembapkan kapas dengan air suam dan bersihkan kelopak mata bayi dengan perlahan-lahan. Lap dari bahagian dalam mata hingga ke luar. Gunakan kapas yang baru untuk setiap mata yang berbeza.

(B) Semasa Mandi

1. Pangku Bahagian Kepala & Bahu

Setelah tab mandi sudah sedia, buka baju bayi. Pangku bahagian kepala dan bahunya dengan satu tangan dan sokong bahagian bawah badannya dengan tangan yang lain.Dengan perlahan-lahan masukkan bayi ke dalam tab mandi.

2. Hanya Guna Sedikit Sabun

Hanya perlukan sedikit sabun untuk membasuh rambut bayi. Dengan berhati-hati, bilaskan bahagian kepala bayi dengan air dalam cawan kecil atau dengan menggunakan tangan sehingga bebas sabun.

3. Ikut Turutan Bahagian Badan

Gunakan kain lap yang lembut untuk membersihkan wajah bayi baru lahir, kemudian sental perlahan bahagian leher dan badan, serta akhir sekali di bahagian paha, kaki dan alat sulit.

(C) Langkah Keselamatan

1.Jangan Tinggalkan Bayi Bersendirian

Perlu tahu bayi boleh lemas dalam air cetek yang kurang daripada 5 cm. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian di dalam bilik mandi, tanpa pengawasan.Sekiranya perlu meninggalkan bilik mandi, balutkan bayi dengan tuala dan bawanya bersama.

2.Jangan Guna Sabun Terlalu Banyak

Elak dari menggunakan sabun yang terlalu banyak ketika memandikan bayi kerana ini boleh membuat badan bayi terlalu licin dan senang tergelincir dari tangan.Sebaiknya guna sabun yang lembut dan tidak mengandungi pewangi atau produk cecair mandian bayi dengan pH neutral.

(D) Selepas Mandi

Balut Badan & Tutup Kepala

Apabila mengangkat bayi daripada besen mandi, balutkan badannya dengan tuala dan tutup kepalanya sebelum memakaikannya lampin. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi, dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Ramai mengetahui kulit bayi lebih-lebih yang baru lahir amatlah sensitif. Kena pastikan guna produk mandian yang betul-betul diyakini selamat mampu membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi bagi mengelakkan sebarang alahan.

Dalam mencari produk yang diyakini selamat dan bersesuaian dengan kulit bayi untuk mandikan bayi, mak ayah boleh gunakan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ini.

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash dipercayai oleh para ibu untuk membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi.Mengimbangi semula pH kulit, menggabungkan 1/3 pelembap dengan aloe vera dan minyak badam untuk memberikan cucian yang selesa dan cukup berbuih.

Ia mencuci dengan lembut kulit si manja yang halus tanpa mengeringkan kulit.Tidak memedihkan mata, rumusan tanpa sabun dan mempunyai pH seimbang.Sekaligus melembutkan dan membersihkan kulit bayi.

Mak ayah boleh ikut panduan mandikan bayi seperti didalam video diatas ini, namun jangan lupa HANYA gunakan sabun mandian yang paling terbaik seperti Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ketika memandikan bayi.

Sumber: Raising Children

Published by
Suhaidah Abd Wahab