Mandi Air Limau Purut, Petua Hilangkan Rasa LEMAH & LETIH, Hilangkan Bau Badan

Share

Tak semua masakan kita gunakan limau purut, ada juga yang digunakan untuk mandi. Sebab ada sesetengah masakan saja yang mungkin guna untuk buah atau pun daunnya.

Jangan ingat daun dan buah limau purut digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi bunga atau untuk perubatan tradisional. Sebenarnya, ada petua lain yang boleh kita buat dengan daun dan buahnya.

Inilah yang dikongsikan oleh Siti Aminah, petua untuk hilangkan keletihan badan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ikhtiar Mandian Air Rebusan Herba Segarkan Badan Lesu Selepas Positif Covid!

Jangan Takut Mandi Air Hujan, Inilah ‘Ubat’ Semulajadi Buang ‘Gangguan’ Dalam Badan

Mandi Limau Purut, Hilangkan Rasa Letih

Seharian bekerja mahupun urus rumahtangga, dah tentu akan datang rasa letih dan penat. Bila datang semua ini, mulalah rasa nak baring saja, kononnya bolehlah kurangkan rasa kepenatan itu.

Namun, rehat dan baring belum tentu melegakan perasaan itu. Ada juga yang mandi atau guna aroma terapi untuk mengembalikan kesegaran badan. Kali ini, kalau ada pokok limau purut di rumah, bolehlah gunakan untuk dibuat mandi.

Sebelum tidur apa kata, mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.

Cara penyediaannya sangat mudah.

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Ia juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga Bermanfaat

Mingguan Wanita : Banyak manfaatnya.

Sumber: Siti Aminah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora