Berita

Man On The Run, DS Najib Mahu Tayangan Dokumentari Ditarik Dari Netflix

Share

Man On The Run, DS Najib mahu tayangan dokumentari ditarik dari Netflix.  Pendedahan mengenai skandal dan kerugian kewangan besar yang ditanggung Malaysia akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sememangnya menarik perhatian dunia. Pertanyaan di mana Jho Low, juga menjadi persoalan kerana hingga kini jejaknya tidak kelihatan.

Man On The Run

Susulan skandal kewangan terbesar ini, tayangan dokumentari berjudul Man On The Run baru saja disiarkan di Netflix bermula 5 Januari lalu.

Tetapi bagaimana pun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar tayangan dokumentari ini ditarik segera.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini.

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.

DS Najib Mahu Tayangan Dokumentari Ditarik Dari Netflix

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mendakwa dokumentari berdurasi satu jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan, dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah, dalam dokumentari berkenaan.

Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut kerana pegawai penyiasat sendiri tidak tahu mengenai dokumentari terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, berkata beliau hanya mengetahui mengenainya dan perlu menonton dokumentari berkenaan terlebih dahulu, sebelum melaporkan kepada Peguam Negara dan mendapatkan arahan lanjut.

Ahmad Akram berkata, pihak pembelaan juga perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Muhammad Shafee berkata, beliau akan menulis surat kepada kedua-dua agensi itu secepat mungkin.

Katanya beliau juga akan memfailkan permohonan untuk meneruskan prosiding pengkomitan (menghina mahkamah) terhadap bekas Peguam Thomas dan tindakan saman terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Padah Hina Anak Najib, Doktor HKL Ditamatkan Kontrak Perkhidmatan

“Terketar-ketar Cari Passport, Tiba-tiba Dia Cakap “MALAYSIA? MAHATHIR?” Kisah Benar Dilalui Wan Kamarudin

“Orang Macam Saya Ini Sepatutnya Dah Duduk Bawah (Masuk Kubur),Tapi Saya Ni Sayang Kepada Negara Saya”, Tun Mahathir

“Anda Boleh Menilai Seseorang Itu Jahat, Tapi Allah Yang Lebih Mengetahui..” Luahan Yana Najib

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros