Man Nafi Kurus Sebab Pembedahan “Saya Bangga Berjaya Kurus. Tak Baik Fitnah Saya Jumpa Doktor”

Share

Dalam tempoh tiga bulan sejak Februari hingga Mac lalu, Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kassim, 43, berjaya menurunkan berat badan daripada 98 kilogram (kg) kepada 68kg.

Menurut Man dia tidak melakukan sebarang pembedahan untuk kurus.

“Kalau ada yang cakap saya jumpa doktor untuk potong usus atau pembedahan apa apa sekalipun, percayalah saya nak keluar rumah pun tak boleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Berat Badan Pernah Cecah 110kg, Tip Kurus Cara Sihat Buat Wanita Ini Hilang 25kg

Gara-gara Nak Kurus Sangat, Rosma AF Pernah Diet Sampai Pengsan

“Tak baik fitnah cakap saya jumpa doktor. Memang taklah, melainkan jiran sebelah rumah,” katanya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.

Amalkan Cara Hidup Sihat

Menurut Man, penurunan berat badannya sehingga 30 kilogram (kg) itu adalah kerana dia mengambil produk kesihatan selain mengamalkan cara hidup sihat.

“Kalau asyik fikir cakap orang, sampai ke sudah kita akan terus berada di takuk lama. Jadi saya ambil pendekatan tak ambil peduli.

“Untuk memujuk hati, saya anggap mereka dengki dan cemburu dengan apa saya berjaya lakukan. Lepas itu akan terpacul soalan atau pandangan apabila gemuk dan tiba tiba kurus serta nampak sakit. Kalau kurus bertukar jadi gemuk mungkin orang fikir kita bahagia.

“Tapi apa yang merisaukan saya apabila berat badan naik dan boleh mendatangkan penyakit. Mati sekarang pun tak kira usia. Di usia sekarang, 43 tahun, saya hanya nak sihat. Cakaplah apa mereka nak cakap. Janji saya sihat,” sambungnya.

Biarlah Kecaman & Kritikan Netizan

Biar apa pun kecaman dan kritikan netizen, Man akui berbangga dengan bentuk fizikalnya kini.

“Saya sedar diri memang bukan dilahirkan kacak macam hero Hollywood atau Bollywood.

“Apatah lagi seperti bintang popular di negara kita. Wajah saya memang tahap biasa saja. Orang kampunglah katakan. Ada yang cakap muka saya bertambah buruk apabila berjaya menurunkan berat badan. Saya tak boleh ubah kejadian Tuhan. Saya terima diri seadanya.

“Bagaimanapun saya bangga akhirnya berjaya kurus. Soal fizikal itu sangat subjektif. Buruk di mata orang itu, tak semestinya buruk di mata lain.

“Saya sendiri tak menyangka boleh turun berat badan. Betul bukan mudah nak kurus. Pasti ada liku yang bertandang. Semua itu cabaran yang mematangkan.

“Tetapi sekali kita dapat dan berjaya di atas apa diusahakan, itulah nikmat hidup yang tak boleh ditukar ganti atau dibayar dengan wang ringgit sekalipun,” akhirinya.

Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my
Sumber Foto: Man Raja Lawak
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh